Jawatan Pembunuh Tikus Gaji Sehingga RM745,875

Jawatan Pembunuh Tikus Gaji Sehingga RM745,875

Jawatan Pembunuh Tikus Gaji Sehingga RM745,875

New York: Bandar New York mencari individu berminat untuk menjadi ‘pembunuh’ tikus jalanan.

Portal Sky News melaporkan, Datuk Bandarnya, Eric Adams mahu seseorang yang mempunyai aura “penuh kebencian” untuk mengetuai misi memerangi tikus.

Baca: COVID-19: Makan Tikus dan Ular Untuk Hidup

Walaupun jawatan rasminya adalah pengarah mitigasi tikus, peranan itu telah digelar sebagai ‘czar’ tikus.

Gaji ditawarkan adalah sebanyak AS$ 120,000 (kira-kira RM526,500) hingga AS$170,000 (kira-kira RM745,875).

New York City cuba mengawal populasi tikusnya kerana peningkatan jumlah haiwan itu di taman dan di jalanan.

Inisiatif itu membabitkan jutaaan dolar di bawah bekas Datuk Bandar Bill de Blasio yang memperkenalkan lebih banyak kutipan sampah dan pemeriksaan perumahan yang lebih baik di kawasan kejiranan yang disasarkan.

Bandar itu juga menggunakan ais kering untuk melemaskan tikus di tempat persembunyian haiwan berkenaan.-hmetro

About admin 949 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply