Terhidu Asap Toksik Puluhan Pelajar Masuk Hospital

Terhidu Asap Toksik Puluhan Pelajar Masuk Hospital

Terhidu Asap Toksik Puluhan Pelajar Masuk Hospital

Colombo: Berpuluh-puluh pelajar di sebuah sekolah di pinggir bandar Colombo, Sri Lanka dimasukkan ke hospital pada Rabu selepas terdedah kepada wap toksik, kata polis.

Pelajar berkenaan dihantar ke unit rawatan awal hospital tempatan selepas pengsan, lapor Xinhua.

Polis berkata asap tebal daripada produk getah yang dibuang dan dibakar di tanah bersebelahan, menyelubungi beberapa bilik darjah.

Guru dengan bantuan kakitangan hospital kemudiannya membawa pelajar berkenaan ke hospital.

Polis berkata keadaan mereka yang dimasukkan ke hospital stabil dan pihaknya sedang mencari pihak yang bertanggungjawab membakar produk getah itu.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply