NASA Rakam Imej Matahari ‘Tersenyum’

NASA Rakam Imej Matahari 'Tersenyum'

NASA Rakam Imej Matahari ‘Tersenyum’

Washington: Satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (Nasa) merakam imej matahari yang kelihatan seperti ‘tersenyum’.

Agensi angkasa Amerika Syarikat itu mengeluarkan imej itu pada Rabu di Twitter dengan kapsyen; “hari ini, Balai Cerap Dinamik Suria Nasa merakam matahari ‘tersenyum’.”

Baca: Ritual Kuno Hingga Menitis Darah, Minta Hujan Dengan Tuhan

The Guardian melaporkan, dilihat dalam cahaya ultraungu, tompok gelap pada matahari itu dikenali sebagai lubang koronal dan kawasan di mana angin kencang suria memancar keluar ke angkasa lepas.

Balai Cerap Dinamik Suria Nasa ialah misi agensi yang bertujuan untuk menyiasat bagaimana aktiviti pancaran matahari dicipta dan memacu cuaca angkasa.

Mula dilancarkan pada 11 Februari 2010, kapal angkasa balai cerap mengukur kedalaman matahari, atmosfera, medan magnet dan output tenaga.

Sejak dikeluarkan, gambar Nasa menimbulkan banyak maklum balas dalam talian dengan ramai yang membandingkan imej itu dengan labu Halloween yang diukir, singa dan matahari yang dipaparkan dalam rancangan kanak-kanak Teletubbies.

Seorang pengguna menjawab: “Adakah itu wajah lelaki Marshmallow Stay Puf[t] dari Ghostbusters?”

Seorang lagi membandingkan matahari dengan biskut coklat Mini BN yang turut menampilkan wajah tersenyum.

Walaupun imej itu kelihatan ‘mesra’, pakar memberi amaran lubang koronal matahari mungkin bermakna ribut solar akan melanda bumi. .

Akibatnya, ribut ini meningkatkan keterlihatan cahaya kutub juga dikenali sebagai aurora di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply