Pulang Kampung Selepas Tsunami 11 Tahun Lalu

Pulang Kampung Selepas Tsunami 11 Tahun Lalu

Pulang Kampung Selepas Tsunami 11 Tahun Lalu

Tokyo: Buat pertama kalinya selepas 11 tahun, penduduk dibenarkan pulang ke bandar terpencil Jepun yang menempatkan loji kuasa nuklear Fukushima yang musnah susulan gempa bumi.

Portal The National melaporkan, penduduk dipindahkan dari rumah mereka berikutan insiden kemusnahan di loji tenaga nuklear, Fukushima Dai-Ichi Tokyo Electric Power Co, pada Mac 2011.

Baca: Bekas Presiden Jepun Dibunuh Guna Senjata Buatan Sendiri

Keruntuhan itu dicetuskan tsunami yang menghanyutkan bandar selepas gempa bumi kuat bermagnitud 9 hingga menyebabkan lebih 20,000 orang mati atau hilang.

Futaba yang terletak di wilayah Fukushima, menarik balik perintah pemindahan untuk beberapa kawasan, pada Selasa lalu.

Bandar itu adalah yang terakhir daripada 11 majlis perbandaran yang mengeluarkan perintah pemindahan selepas bencana berkenaan.

Menjelang 2030, bandar itu menyasarkan mempunyai 2,000 penduduk iaitu kurang 30 peratus daripada populasi asalnya, lapor Japan Times.

Langkah itu dibuat ketika Jepun menunjukkan minat baharu dalam kuasa atom untuk mengimbangi harga minyak dan gas yang lebih tinggi dan kesan nilai mata wang yen yang merosot.

Walaupun loji Fukushima itu sendiri masih tidak boleh beroperasi, paras sinaran di sekitar tapak semakin menurun sejak sedekad lalu.

Ia menyaksikan perintah pemindahan terus ditarik balik untuk bandar-bandar berhampiran.

Namun, Futaba perlu melalui tempoh panjang untuk membina semula bandar itu. Hanya 11 peratus penduduknya mahu pulang ke kampung halaman berdasarkan tinjauan dilakukan tahun lalu.

Minggu lalu, Tepco turut mengumumkan, pihaknya menangguhkan kerja untuk mengeluarkan serpihan radioaktif daripada salah satu reaktor di stesen janakuasa yang musnah kerana memerlukan tempoh tambahan sehingga 18 bulan, iaitu selewat-lewatnya bermula pada Mac 2024.

Syarikat itu berkata, kelewatan itu perlu untuk meningkatkan keselamatan dan memastikan kejayaan mengukur di dalam reaktor dan mendapatkan serpihan.

Katanya, jurutera sedang memperhalusi robot yang direka khas untuk kerja itu termasuk melaraskan kelajuan dan ketepatannya.

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply