Warga Emas Ditipu Kekasih ‘Angkasawan’, Rugi RM140,000

https://www.hmetro.com.my/global/asia/2022/10/891926/angau-cinta-angkasawan

Warga Emas Ditipu Kekasih ‘Angkasawan’, Rugi RM140,000

Tokyo: Seorang wanita warga emas terkedu selepas ditipu seorang lelaki yang menyamar sebagai angkasawan Rusia.

Tindakan lelaki itu dipercayai untuk ‘memancing’ wanita terbabit supaya menanggungnya sepanjang mereka bercinta.

Baca: Wanita Kesepian Rugi RM4.2 Juta Ditipu Kekasih ‘Maya’

Lelaki terbabit berkenalan dengan mangsa yang berusia 65 tahun itu menerusi Instagram (IG), pada Jun lalu.

Suspek juga berjanji untuk mengahwininya.

Pasangan itu kerap berinteraksi menerusi aplikasi Line dan dengan ‘angkasawan’ itu memaklumkan dia akan memulakan hidup di Tokyo.

“Saya mahu memulakan hidup saya di Jepun dan sudah pasti 1,000 kali tidak akan mencukupi untuk mengatakannya saya Saya menyayangi kamu,” menurutnya menerusi saluran berita, TV Asahi.

Lelaki itu mendakwa dia kini terperangkap di angkasa dan hasrat untuk kembali ke bumi memerlukan kos yang tinggi.

‘Angkasawan’ palsu itu yang mendakwa berpangkalan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), malah menyiarkan gambar ruang kapal angkasa ke laman Instagramnya dalam usaha untuk menipu pengikutnya.

Lelaki itu mendakwa akan mendarat di bumi dan berkahwin dengan kekasihnya, namun perlu membayar yuran pendaratan yang mahal.

Malah, kos untuk menggunakan roket untuk mendarat di bumi juga tinggi.

Wanita itu yang enggan dikenali kemudian mengeluarkan wang untuk memastikan kekasihnya selamat mendarat di Jepun.

Wang berjumlah 4.4 juta yen (kira-kira RM140,000) menerusi lima transaksi bermula 19 Ogos hingga 5 September lalu.

Bagaimanapun, ketika lelaki terbabit terus meminta lebih banyak wang menyebabkan wanita itu mula curiga.

Laporan polis kemudian dibuat untuk siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa yang membuka siasatan sebagai penipuan.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply