Wanita Melompat Gembira Selepas Sah Cerai

Wanita Melompat Gembira Selepas Sah Cerai

Wanita Melompat Gembira Selepas Sah Cerai

Melompat kegembiraan, demikian aksi seorang wanita yang baharu berpisah dengan suaminya sehingga meraih perhatian warga maya.

Pengguna TikTok @riecheendah memuat naik rakaman video yang dipercayai berlaku di Indonesia. Video tanpa suara dan penerangan berdurasi 15 saat itu memaparkan gelagat seorang wanita di hadapan bangunan Pengadilan Agama Sumbawa Besar, di Nusa Tenggara Barat, Indonesia.

Wanita berkenaan dilihat melangkah keluar dari pintu utama dengan girang sambil membawa beberapa dokumen.

Sambil melompat, dia melambung dokumen dibawa ke udara menyebabkan ia jatuh berserakan. Dia kemudian mengutip kembali dokumen tersebut dan menunjukkan sebuah fail yang tertera ‘Akta Cerai’ ke arah kamera.

Baca juga: Cerai Isteri Tak Pulangkan Pakaian Jiran, Malah Dipukul

Meraih 3.3 juta tontonan dan lebih 133,000 tanda suka, video berkenaan menjadi tular di laman sosial TikTok sebelum dimuat turun dan dikongsikan di platform media sosial lain.

Warga maya memberikan pelbagai reaksi yang rata-rata tertarik dengan gelagat wanita berkenaan.

Malah ada yang mengatakan wanita yang baharu menghadapi penceraian lazimnya sedih dan sugul memikirkan tentang kehidupan selepas itu serta anak.

Ujar mereka:

-“Merdeka yang sesungguhnya.”

-“Saya ketika bercerai sedih memikirkan anak.”

-“Mungkin sepanjang hidupnya menghadapi penderitaan, jadi dia gembira kerana berjaya melepaskan diri.”

-“Sangat lega.”

-“Di sebalik cerita bahagia ceria ada luka.”-sinarplus

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply