Isteri Satukan Suami Dengan Bekas Kekasih

Isteri Satukan Suami Dengan Bekas Kekasih

Isteri Satukan Suami Dengan Bekas Kekasih

New Delhi: Seorang isteri di India, bukan sahaja menyatukan suaminya dengan bekas kekasihnya, malah sudi hidup sebumbung dengan wanita itu.

Memetik Oddity Central, Vimala sanggup melakukan pengorbanan itu selepas mendapati suaminya, Kalyan dan teman wanita lamanya, Nitya Sree masih mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Kalyan yang juga pencipta kandungan video tempatan, mengahwini Vimala, selepas berkenalan di media sosial.

Hubungan suami isteri itu baik-baik sahaja sehingga Nitya dari Visakhapatnam berpindah ke kawasan perumahan mereka di Tirupati.

Menurut beberapa saluran berita India, Kalyan dan Nitya berpisah kerana beberapa isu yang sudah diselesaikan, namun mereka masih mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Ini menyebabkan mereka berdua merayu kepada Vimala untuk membenarkan perkahwinan mereka.

Vimala yang pada mulanya keliru akhirnya memutuskan untuk menyatukan suaminya dengan kekasihnya itu selain turut memeriahkan majlis perkahwinan itu.

Mereka kini tinggal sebumbung di Tirupati, sebuah bandar di negeri Andhra Pradesh, India.

Kisah percintaan tiga segi itu tersebar meluas di media sosial hingga ada menuduh lelaki itu menjatuhkan maruah isterinya dengan mengahwini bekas teman wanitanya di kuil.

Malah, ada juga netizen lain turut memuji tindakan Vimala kerana mempunyai kekuatan dalam menghormati kehendak suaminya.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply