Warga Emas Jadi Sado, Mantap!!

Warga Emas Jadi Sado, Mantap!!

Warga Emas Jadi Sado, Mantap!!

London: Usia tidak menghalang hasrat seorang datuk dari Leeds, England, untuk kelihatan ‘sado’.

Selepas bekerja keras selama setahun, Steve Ramsden, 60, berpuas hati dengan bentuk badan yang diidamkan.

Keputusan untuk ‘buat badan’ dibuat memberi inspirasi kepada individu lain khususnya mereka yang masih muda untuk menjalani kehidupan sihat.

Baca: Datuk Seri Ditahan Dalam Parti Liar

Melihat kepada raut wajah dan bentuk badan pasti ramai yang tidak menyangka usia Ramsden yang sebelum ini berdepan dengan masalah diabetes dan tahap kolestrol tinggi.

Berat Ramsden yang bertugas sebagai paramedik di Perkhidmatan Ambulan Yorkshire sebelum ini adalah 100 kilogram (kg) dan terpaksa mengambil pil untuk mengawal kolestrol.

Kini, beratnya turun sehingga 72 kg dan kejayaan ini didorong dengan disiplin untuk bersenam di gimnasium setiap hari.

Kesedaran itu mula timbul selepas dia melihat keadaan pesakit yang dibawanya ketika bertugas sebagai paramedik.

Gaya hidupnya terus ditukar dan tindakannya itu mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang lain.

Dia juga bernasib baik kerana anak lelakinya memiliki gimnasium dan membantunya untuk menjalani transformasi tubuh dan kesihatan.

“Bapa saya seorang yang hilang keyakinan diri ketika usianya sudah semakin tua.

“Selepas 12 minggu menjalani latihan transformasi, dia akhirnya mendapat tubuh yang diidamkan.

“Apa lebih penting kesihatannya juga kini semakin baik berbanding sebelum ini,” katanya.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply