Harimau Baham Sembilan Orang Ditembak Mati

Harimau Baham Sembilan Orang Ditembak Mati

Harimau Baham Sembilan Orang Ditembak Mati

New Delhi: Seekor harimau yang digelar ‘pemakan manusia Champaran’ ditembak mati polis selepas dilaporkan membaham sembilan orang.

Operasi membabitkan 200 petugas termasuk penjejak yang menunggang gajah, lapor AFP pada Ahad.

Haiwan itu dikatakan mula mengganas sehingga menggusarkan penduduk tempatan di pinggir kawasan rizab harimau Valmiki di Champaran di timur India.

Mamalia itu dipercayai sudah membunuh sekurang-kurangnya enam orang termasuk seorang wanita dan anak lelakinya yang berusia lapan tahun.

Sebelum dua kejadian terbaharu itu, pihak berkuasa menganggarkan harimau itu berusia tiga atau empat tahun, sebagai ‘pemakan manusia’ dan boleh ditembak.

Percubaan awal untuk menenangkan haiwan itu pada mulanya gagal.

“Dua pasukan masuk ke dalam hutan bersama dua gajah pada petang Sabtu, manakala seekor lagi gajah menunggu di lokasi harimau itu dijangka keluar.

“Lima das tembakan dilepaskan untuk merebahkan haiwan itu,” kata Ketua Polis Kiran Kumar.

Pihak berkuasa termasuk lapan penembak dan 200 petugas jabatan hutan mengambil masa kira-kira enam jam untuk menyelesaikan operasi itu.

Pegawai berkata, ladang tebu yang besar memudahkan harimau itu bersembunyi dan menyerang penduduk kampung dan ternakan.

Mangsa termasuk seorang budak perempuan berusia 12 tahun diseret dari katilnya pada malam Rabu, kata menurut laporan media.

Penduduk di perkampungan miskin di sekitar rizab itu khuatir untuk keluar pada waktu malam selepas insiden serangan yang berlaku kepada seorang remaja Mei lalu.

Penduduk tempatan meraikannya petugas operasi selepas haiwan itu berjaya ditembak.

“Sebelum ini, penduduk terpaksa berjaga kerana takut diserang harimau.

“Kami terus memukul besi untuk menghalau harimau itu jika ia bersembunyi berhampiran kampung,” katanya.

Ahli pemuliharaan haiwan bagaimanapun menyalahkan pembangunan pesat kediaman di sekitar hutan menjadi punca peningkatan konflik manusia-haiwan di beberapa bahagian India.

Data dari kerajaan menunjukkan kira-kira 225 orang terbunuh dalam serangan harimau antara 2014 dan 2019.

Lebih daripada 200 harimau dibunuh oleh pemburu haram atau renjatan elektrik antara 2012 dan 2018.

India adalah habitat kepada kira-kira 70 peratus daripada harimau dunia dengan populasi haiwan itu dianggarkan 2,967 ekor pada 2018.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply