Menang Besar Undi Walaupun Sudah Meninggal Dunia

Menang Besar Undi Walaupun Sudah Meninggal Dunia

Menang Besar Undi Walaupun Sudah Meninggal Dunia

Washington: Ahli politik di Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) yang meninggal dunia akibat barah pada bulan lalu masih mendapat kepercayaan apabila dipilih sebagai wakil rakyat dengan margin undi yang sangat besar.

Tony DeLuca, seorang Demokrat yang mewakili pinggir bandar Pittsburgh di dewan rendah badan perundangan negeri, meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 9 Oktober ketika berusia 85 tahun.

Baca: Trump Dakwa Tipu Undi, Masih Tinggal di Rumah Putih dan Main Golf Hujung

Sudah terlambat untuk mengeluarkan namanya dalam pilihan raya AS di seluruh negara pada Selasa.

DeLuca mengekalkan kerusinya dengan 86 peratus undi, dengan 98 peratus undi dikira.

Pilihan raya khas akan diadakan untuk menentukan siapa yang mendapat kerusinya.

“Walaupun kami berasa amat sedih dengan kehilangan wakil rakyat Tony DeLuca, kami berbangga melihat pengundi terus menunjukkan keyakinan mereka terhadap beliau dan komitmennya terhadap nilai Demokrat dengan memilihnya semula selepas kematian,” kata Parti Demokrat Pennsylvania.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply