COVID-19: Makan Tikus dan Ular Untuk Hidup

Ma Suu, 36, terpaksa menutup kedai ulam-ulaman dan menggadaikan barang kemas untuk membeli makanan selepas gelombang pandemik koronavirus (Covid-19) melanda Myanmar.

Semasa gelombang kedua pula pemerintah mengeluarkan perintah Perintah Kawalan Pergerakan pada September lalu, Ma Suu terpaksa menutup kedai kali kedua dan menjual pakaian, pinggan mangkuk dan periuk demi meneruskan hidup.

Sekarang tiada apa-apa lagi untuk dijual, suaminya seorang buruh binaan yang tidak mempunyai kerja terpaksa keluar mencari makanan di longkang berhampiran tempat tinggal mereka di pinggir bandar Myanmar.

Kata Ma Suu, “Orang ramai makan tikus dan ular. Tanpa wang, bagaimana mereka hendak memberi makan anak-anak,” sambil mengelap air mata.

Mereka tinggal di Hlaing Thar Yar, sebuah kejiranan paling miskin di Yangon dan penduduk terpaksa menyuluh bawah rumah mencari haiwan-haiwan kecil untuk dijadikan makanan keesokan harinya.

Tikus, ular dan serangga seringkali menjadi lauk-pauk keluarga yang tinggal di kawasan luar bandar, sementara penduduk bandar pula terpaksa mengikat perut semampu boleh.

Dengan lebih 40,000 kes dan 1,000 kematian akibat Covid-19, Myanmar antara negara di Asia Tenggara yang paling terjejas teruk dan penguatkuasaan perintah berkurung menyebabkan ratusan ribu penduduk seperti Ma Suu hidup dalam kesempitan.

Myat Min Thu, ahli Parlimen parti pemerintah di kawasan itu berkata, bantuan dari pemerintah dan derma peribadi sudah diedarkan, namun tidak cukup untuk semua orang.

Sumber: Sinar Harian

Artikel berkaitan:COVID-19: 25 Mati Selepas Ambil Vaksin Selesema

About admin 1105 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply