Protes Tuntut Presiden Letak Jawatan

Protes Tuntut Presiden Letak Jawatan

Protes Tuntut Presiden Letak Jawatan

Mexico City: Beribu-ribu orang mengadakan protes di Peru menuntut Presiden Pedro Castillo meletakkan jawatan, lapor Sputnik.

Protes berlangsung pada Sabtu di Lima serta wilayah Piura, Trujillo, Chiclayo, Cusco dan Huancayo, menurut penyiar Radio Programas del Peru (RPP).

Baca: Muhyiddin Umum Letak Jawatan Bersama Seluruh Jemaah Menteri

Demonstrasi berjalan secara aman namun di Lima, polis menggunakan gas pemedih mata menyebabkan seorang daripada penunjuk perasaan cedera.

Presiden Pedro Castillo terpalit dengan tuduhan rasuah. Pada Julai, pejabat pendakwa raya mengumumkan pihaknya sedang menyiasat Castillo selepas bekas menteri dalam negeri Mariano Gonzalez, mendakwa Castillo melindungi orang-orang terdekatnya yang terbabit dalam kes jenayah.

Pada awal Ogos, pendakwa raya Peru menyerbu istana kerajaan di Lima serta rumah presiden di Chota, utara Peru untuk mencari Yenifer Paredes kerana disyaki terbabit dengan jenayah rasuah.

Yenifer Paredes ialah kakak kepada isterin Castillo, Lilia Paredes Navarro. Pada akhir Ogos, Yenifer dikenakan tahanan pencegahan selama 30 bulan. Castillo menafikan semua tuduhan terhadapnya serta keluarganya.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply