Lukisan RM526 Juta Jadi Mangsa Protes Aktivis

Lukisan RM526 Juta Jadi Mangsa Protes Aktivis

Lukisan RM526 Juta Jadi Mangsa Protes Aktivis

Berlin: Dua aktivis alam sekitar bertindak melumur kentang lecek pada lukisan Claude Monet di sebuah muzium Jerman.

Ia beberapa hari selepas aktivis membaling sup tomato pada lukisan Sunflowers, karya pelukis terkenal Vincent van Gogh di sebuah muzium di London.

Video itu tular di Twitter, kumpulan protes alam sekitar Last Generation menulis: “Jika ia memerlukan lukisan – dengan #MashedPotatoes (kentang lenyek) atau #TomatoSoup (sup tomato) yang dilemparkan – untuk membuat masyarakat ingat bahawa bahan api fosil membunuh kita semua: Maka kita akan memberi anda #MashedPotatoes (kentang lenyek) pada lukisan!”

Baca: Suntingan Foto Yang Gagal Umpama Gambar Palsu

Karya itu, Les Meules bermaksud timbunan rumput kering, digantung di Muzium Barberini di Potsdam dan sebahagian daripada koleksi milik bilionair Hasso Plattner.

Ia adalah pinjaman kekal kepada muzium berkenaan.

Lukisan itu dijual pada harga AS$111 juta (kira-kira RM526,251 juta) pada lelongan pada 2019, jumlah tertinggi yang dibayar untuk karya Monet.

Berpakaian hitam dengan jaket oren, kedua-dua aktivis itu menuang kentang lecek pada lukisan itu sebelum masing-masing menggunakan gam untuk melekatkan tangan mereka pada dinding.

“Adakah ia memerlukan kentang lenyek pada lukisan untuk membuat anda mendengar? Lukisan ini tidak akan bernilai apa-apa jika kita terpaksa berebut makanan,” kata salah seorang daripada dua aktivis itu.

Kedua-duanya ditahan dan disiasat kerana kerosakan harta benda dan pencerobohan, kata polis.

Lukisan itu dilindungi oleh kaca, kata muzium itu sambil menambah pakar sudah menilai ia tidak mengalami sebarang kerosakan.

Dalam aksi sama pada 14 Oktober, dua penunjuk perasaan alam sekitar menghentam karya van Gogh yang terkenal di dunia dengan sup tomato di Galeri Nasional di London.

Galeri itu berkata, penunjuk perasaan menyebabkan “kerosakan kecil pada bingkai tetapi lukisan itu tidak terjejas”.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply