Lelaki Hilang Ditemui Mati Dalam Tandas Kereta Api

Lelaki Hilang Ditemui Mati Dalam Tandas Kereta Api

Lelaki Hilang Ditemui Mati Dalam Tandas Kereta Api

New Delhi: Polis menemui mayat seorang lelaki di dalam tandas sebuah kereta api yang perjalanannya sudah meliputi jarak 900 kilometer merentasi utara India, baru-baru ini, lapor NDTV.

Mereka percaya lelaki itu menaiki kereta api beberapa hari sebelum ia berlepas dari Bihar, dan meninggal dunia di dalam tandas.

Baca: Remaja Maut Dalam Tandas Terbiar, Rakan Main Api

Pegawai polis dalam kereta api Ram Sahay memberitahu AFP, pihaknya terpaksa memecah pintu tandas itu selepas penumpang mengadu mengenai bau busuk.

Difahamkan, Ekspres Saharsa-Amritsar Jan Sewa ketika itu melakukan perjalanan selama hampir 24 jam dari lokasi pertama.

Keseluruhan perjalanan mengambil masa 35 jam.

Media tempatan berkata, kereta api itu ditangguhkan hampir lima jam, manakala pegawai cuba memeriksa identiti lelaki mati dengan pengembara lain sebelum perjalanan ke Amritsar, disambung semula.

“Kami masih tidak tahu apa-apa mengenai lelaki itu,” kata Sahay, yang ditempatkan di Shahjahanpur di Uttar Pradesh di mana lokasi penemuan mayat mangsa.

Beliau berkata, mangsa mungkin meninggal dunia sendiri dua atau tiga hari sebelum mayatnya ditemukan.

Sanjay Rai, seorang doktor di hospital memberitahu The Times of India, lelaki itu meninggal dunia selepas dipercayai mungkin koma.

Pihak berkuasa mengedarkan poster hilang lelaki itu di sekitar stesen kereta api di Bihar.

Puluhan ribu mayat tidak dituntut dan tidak dikenal pasti di India setiap tahun.

Mereka biasanya dibakar oleh polis selepas tiga hari berikutan usaha mengenal pasti mana-mana rakan atau saudara si mati, tidak berjaya.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply