Bunuh Bapa Sakit Sebab Bosan

Bunuh Bapa Sakit Sebab Bosan

Bunuh Bapa Sakit Sebab Bosan

Jakarta: Seorang lelaki di Ngawi, wilayah Jawa Timur, Indonesia sanggup membunuh bapa kandungnya sendiri kerana penat menjaga si ayah yang menderita sakit angin ahmar.

Suspek, Fahri Wahyu Erfanto, 19 ialah seorang penganggur dan tinggal bersama ayahnya Wachid, 51, selepas setahun mangsa diserang angin ahmar.

Detik News melaporkan, suspek tergamak bertindak membunuh bapa sendiri yang lumpuh kerana bosan menjaga orang tua itu dan mahu keluar merantau.

Wachid ditemukan mati berlumuran darah pada malam, 3 September lalu, di ruang tamu rumah sewanya di Kampung Dadapan Kendal, daerah Ngawi.

Menurut kenyataan Ketua Polis Ngawi, Komisioner Hendry Ferdinand Kennedy, suspek pernah meminta wang daripada mangsa untuk berhijrah ke bandar tetapi tidak diendahkan.

“Suspek mengaku kepada polis dia bosan menjaga ayahnya yang sakit sehingga sanggup membunuh mangsa.

“Berdasarkan keterangan beberapa saksi, suspek memang tiada pekerjaan lain selain menguruskan ayahnya setiap hari,” katanya.

Sebelum penahanan Fahri di sebuah masjid kawasan Solo oleh Polis Unit Siasatan Jenayah, suspek sudah menghilangkan diri selama lima hari dari lokasi kejadian.

Polis juga sudah merampas senjata tajam yang didakwa digunakan untuk mencederakan dada

Wachid yang sehingga menembusi paru-paru mangsa itu.

“Mayat bapa kepada tiga anak itu pertama kali ditemukan oleh Erika Sekar Ayu, anak perempuan mangsa yang mahu menziarahi bapanya.

“Panggilan Sekar tidak disahut sebelum dia masuk ke rumah itu dan melihat bapanya sudah mati dengan kesan tikaman serta berlumuran darah,” katanya.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply