Ferrari Palsu

Ferrari Palsu

Ferrari Palsu

Rom: Kreativiti seorang lelaki di Itali yang mengubah suai Toyota kepada Ferrari F430 memakan diri apabila taktiknya itu terbongkar dan bakal berdepan penjara.

Lelaki berusia 26 tahun itu didakwa atas pertuduhan memalsu dan melanggar cap dagangan selepas Ferrari F430 merah miliknya sebenarnya adalah Toyota MR Coupe yang diubah suai.

Baca: Doktor Palsu Ditahan, Tanam Alat Cegah Hamil Palsu

Pasukan penguat kuasa Itali, Guardia di Finanza membuat rampasan luar biasa itu semasa pemeriksaan rutin di bandar Asti.

Walaupun Ferrari merah menampilkan semua elemen ikonik F430, daripada logo kuda berlari pada bonet dan stereng kepada rim, brek dan lampu depan ikonik, ada sesuatu tentang kenderaan itu kelihatan pelik.

Tidak jelas sama ada pemandu itu mempunyai dokumen yang diperlukan untuk membuktikan keretanya adalah Ferrari F430 tulen atau tidak, namun pegawai polis memanggil pasukan pakar untuk mendapatkan kepastian sebelum terbongkar itu adalah Toyota MR Coupe yang diubah suai.

Walaupun kes ini pastinya bukan kali pertama, namun kes ini berbeza apabila tahap pemalsuan yang tinggi.

Daripada bingkai gentian karbon ringkas di atas casis biasa dan beberapa logo palsu, individu yang membuat F430 palsu ini melakukan kerja yang sangat cemerlang.

Kedua-dua bahagian luar dan dalam kereta itu diubah suai seperti F430 Ferrari yang dihasilkan antara 2004 dan 2009 di Maranello.

Menurut pakar yang mengesahkan pemalsuan itu, kereta itu juga menampilkan alat ganti dan aksesori Ferrari asli, menjadikannya lebih sukar dikenal pasti sebagai Toyota.

Media berita Itali melaporkan, kereta itu disita dan laporan dibuat kepada Pejabat Pendakwa Raya Asti kerana penggunaan tanda dagangan berdaftar tanpa kebenaran.-hmetro

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply