Rizab Gas Rusia Sehingga 62 Tahun

Rizab Gas Rusia Sehingga 62 Tahun

Rizab Gas Rusia Sehingga 62 Tahun

Moscow: Russia memiliki rizab gas sehingga tempoh 62 tahun yang secara teknikalnya boleh diekstrak, menurut Agensi Negeri Rosnedra pada Rabu, lapor Sputnik.

“Kami (Rusia) mempunyai gas asli yang mencukupi dan secara teknikalnya boleh diekstrak untuk bertahan selama 62 tahun,” kata ketua agensi yang menguruskan sumber mineral bawah tanah negeri itu, Yevgeny Petrov kepada Rossiyskaya Gazeta Daily.

Baca: Rusia Kehilangan 12 Jeneral, 57 Kolonel, 35,600 Anggota

Pegawai itu tidak menyatakan bahagian mana daripada rizab terbabit secara ekonomi boleh diekstrak pada harga gas semasa.

Sehingga Januari lalu, Rosnedra menganggarkan rizab minyak yang boleh diperoleh semula secara teknikal mampu bertahan selama 39 tahun di Rusia.

Manakala rizab minyak boleh pulih yang terbukti, boleh diekstrak secara ekonomi pada harga AS$70-80 (RM325.31 – RM371.79) setong boleh bertahan selama 33 tahun di negara itu.-hmetro

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply