Lelaki Guna Jantung Elektrik Jadi Pelawak

Lelaki Guna Jantung Elektrik Jadi Pelawak

Lelaki Guna Jantung Elektrik Jadi Pelawak

Beijing: Seorang lelaki di China yang tidak mempunyai degupan jantung semula jadi menjadi pelawak popular hanya ‘bermodalkan’ mengenai peluang kedua ajaibnya selepas menerima pemindahan jantung buatan, tiga tahun lalu.

Penerima salah satu jantung tiruan pertama dibangunkan di China, Wang Shiqi, 41, dari wilayah Liaoning di timur laut China mendapat pujian popular untuk rancangan komedinya mengenai pemulihan luar biasanya selepas hampir mati.

Portal South China Morning Post melaporkan, guru matematik itu memulakan kerjaya kedua dalam pentas komedi ketika bertarung dengan sejenis penyakit jantung.

Dia menjadi terkenal selepas kemunculan dalam siri pertandingan komediri (stand-up comedy) televisyen yang popular, Rock&Roast bulan lalu.

Wang didiagnosis dengan kardiomiopati iaitu penyakit otot jantung yang menyukarkan organ itu untuk mengepam darah ke seluruh badan pada 2004.

Sehingga pada 2019, dia akhirnya menerima jantung buatan selepas menunggu selama sedekad selepas hampir berputus asa menunggu penderma jantung manusia yang sesuai.

Hanya tiga tahun yang lalu, Wang kemungkinan berdepan kematian kerana jantung, hati dan buah pinggangnya sudah gagal berfungsi.

Ketika itulah dia memutuskan untuk membenarkan doktor ‘menanam’ jantung buatan ketika inisiatif masih dalam fasa percubaan klinikal.

Dikuasakan oleh bateri boleh dicas semula yang dibawa di belakangnya, jantung tiruan itu membolehkan Wang meneruskan kehidupan normal termasuk menunggang basikal sejauh 15 kilometer setiap dua hari, katanya.

“Orang sering berkata kepada saya selepas mengetahui cerita saya, tambah minyak (ungkapan semangat Cina), kawan!”.

“Saya tidak dikuasakan oleh minyak, tetapi oleh elektrik,” katanya dalam salah satu karyanya yang terkenal.

Wang membuat penampilan sulungnya sebagai pelawak pada 2018 selepas kesihatannya yang semakin merosot memaksanya untuk meninggalkan kebanyakan aktiviti sosial dan hobinya sebelum ini.

“Saya memilih profesion ini kerana mahu lebih ramai orang yang mempunyai penyakit sama dengan saya melihat jika saya boleh melakukannya, mereka mesti tidak berputus asa. Saya berharap lebih ramai pesakit akan mendapat manfaat daripada teknologi ini dalam masa terdekat,” katanya.

Pada 2017, doktor di China buat kali pertama meletakkan jantung tiruan maglev yang kecil ke dalam badan pesakit.

Sejak itu, lebih 200 pembedahan sama dilakukan di 33 hospital di seluruh negara.-hmetro

About admin 1195 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply