Pesakit Main Muzik Ketika Dibedah Otak Buang Tumor

Pesakit Main Muzik Ketika Dibedah Otak Buang Tumor

Pesakit Main Muzik Ketika Dibedah Otak Buang Tumor

Rom: Bukan sebarangan ahli muzik, sebaliknya pemain saksofon Itali ini menterjemahkan irama daripada instrumen kesayangannya sebagai terapi ketika menjalani pembedahan, minggu lalu.

Pemuda berusia 35 tahun itu menjalani prosedur membuang tumor di otaknya selama sembilan jam, secara sedar sambil bermain saksofon.

Dia mendaftar masuk untuk operasi itu ke Hospital Antarabangsa Paideia Rom pada 10 Oktober dan dibenar keluar wad pada Khamis lalu.

Pakar bedah saraf, Dr Christian Brogna yang mengendalikan pembedahan luar biasa itu berkata, beliau dan pasukannya berjaya mengeluarkan tumor tanpa memberi impak negatif kepada pesakit.

Seramai 10 pakar yang diketuai Brogna terbabit pembedahan itu menggunakan teknologi terkini digelarnya state-of-art technology.

“Tumor itu terletak di kawasan sangat kompleks dalam otak. Lebih-lebih lagi pesakit seorang kidal, ia menjadikan keadaan sukar kerana laluan saraf otak yang jauh lebih rumit,” katanya kepada CBS News.

Doktor itu memberitahu pesakit yang dikenali sebagai CZ memainkan lagu tema daripada filem 1970, Love Story dan lagu kebangsaan Itali sepanjang pembedahan berkenaan.

Ketika mempersiapkan diri untuk pembedahan itu, CZ memberitahu pasukan perubatan bahawa penting buatnya untuk mengekalkan kemahiran muzik beliau.

Ia juga sangat berguna kepada pakar bedah kerana Brogna dapat memetakan fungsi otak yang berbeza semasa pesakitnya bermain saksofon.

“Dengan bermain instrumen bermakna anda dapat memahami muzik, yang juga fungsi kognitif tertinggi.

“Ia bermakna anda dapat berinteraksi dengan instrumen, boleh koordinat kedua-dua tangan, boleh melatih memori, anda boleh mengira kerana muzik adalah matematik.

“Anda boleh menguji penglihatan kerana pesakit perlu melihat instrumen dan anda boleh menguji cara pesakit berinteraksi dengan seluruh pasukan,” katanya.

Brogna turut berkongsi rahsia kejayaannya dalam pembedahan kompleks itu adalah persediaan rapi.

“Setiap pesakit adalah unik, setiap otak juga unik, jadi kita perlu benar-benar mengenali pesakit,” katanya.-hmetro

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply