Elon Musk Sah Beli Twitter RM208 Bilion

Elon Musk Sah Beli Twitter RM208 Bilion

Elon Musk Sah Beli Twitter RM208 Bilion

Los Angeles: Bilionair Elon Musk mengesahkan beliau akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter, syarikat media sosial yang baru-baru ini diambil alihnya dengan harga AS$44 bilion (kira-kira RM208 bilion).

Langkah itu dibuat selepas Musk, yang juga mengendalikan Tesla dan SpaceX, memecat CEO Twitter, Parag Agrawal dan pegawai syarikat tertinggi lain minggu lalu.

Baca: Anjing Terkenal Bernama Boji Punya Akaun Twitter Dan Suka Menjelajah

Musk juga menukar bio Twitternya kepada ‘Chief Twit’ dalam tanda yang merujuk kepada langkah itu.

Sejak itu, Musk bergerak pantas untuk mula membuat perubahan di syarikat itu, yang selama berbulan-bulan dikritik berikutan lambat memperkenalkan perubahan produk atau mengalih keluar akaun spam.

Pasukan Musk mula bertemu dengan beberapa pekerja untuk menyiasat kod perisian Twitter dan memahami bagaimana aspek platform berfungsi, menurut dua sumber yang biasa dengan perkara itu.

Beberapa kakitangan yang bercakap dengan Reuters berkata, mereka menerima sedikit komunikasi daripada Musk atau pemimpin lain dan menggunakan laporan berita untuk mengetahui apa yang berlaku di syarikat itu.

Media sebelum ini melaporkan tiga eksekutif kanan Twitter yang dipecat Elon Musk Khamis lalu akan meninggalkan syarikat itu dengan pampasan bernilai kira-kira AS$187 juta (RM883.11 juta).

Ketiga-tiga eksekutif itu termasuk Agrawal. Selain itu, Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Ned Segal dan Ketua Pegawai Undang-Undang, Vijaya Gadde.

Sumber berkata, ketiga-tiga mereka dipecat selepas Musk mengambil alih syarikat itu.

Ketiga-tiga mereka akan menerima sebahagian besar wang itu walaupun kekal di bawah pemilikan baharu.

Mereka dan pemegang saham lain juga akan menerima bayaran daripada Musk selepas beliau membeli saham dengan harga AS$54.20 (RM255.96) seunit.

Agrawal yang menyandang jawatan CEO kurang dari setahun lalu, memiliki pegangan saham terkecil, iaitu 155,000 unit saham bernilai AS$8.4 juta (RM39.67 juta) pada kadar yang dibayar Musk.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply