Fakta Menarik Ratu Elizabeth II 

Fakta Menarik Ratu Elizabeth II 

Fakta Menarik Ratu Elizabeth II 

London: Sepanjang tempoh pemerintahannya, Ratu Elizabeth II melakar banyak rekod sejarah.

Baginda yang sering mengembara tetapi tidak mempunyai pasport kerana menjadi individu yang mengeluarkan dokumen berkenaan.

Namanya tercatat di semua pasport milik rakyatnya.

Atas sebab sama, baginda juga tidak memiliki lesen memandu.

Berikut adalah antara angka menarik berkaitan Elizabeth:

1

Baginda hanya sekali membenarkan kamera televisyen mendokumentasikan kehidupan peribadinya menerusi program ‘Royal Family’ disiarkan pada 1969.

2

Hari lahirnya sebenar pada 21 April 1921, tetapi hari lahir rasmi disambut pada 2 Jun pada setiap tahun.

4

Usia baginda ketika menerima kuda pertamanya bernama Peggy, hadiah daripada datuknya, Raja George V.

15

Jumlah perdana menteri yang berkhidmat sepanjang pemerintahan Ratu Elizabeth II. Perdana menteri pertama adalah Winston Churchill dan terakhir, yang baru dilantik, Liz Truss.

25

Umur Elizabeth ketika ditabal sebagai permaisuri susulan kemangkatan bapanya, George VI.

39

Jumlah raja atau pemerintah sebelum Elizabeth, sejak Raja William pada 1066.

73

Jumlah tahun Elizabeth dan suaminya, Putera Philip, Duke of Edinburgh, berkahwin.

117

Negara yang pernah dilawat oleh Elizabeth. Baginda sudah melakukan perjalanan membabitkan jarak hampir 1.7 juta kilometer di seluruh dunia.

341

Jumlah tugasan rasmi Elizabeth di Britain dan di luar negara pada 2015, termasuk lawatan negara ke Jerman dan Malta.

626

Bilangan pertubuhan amal, rejimen tentera dan pertubuhan yang mana Elizabeth menjadi penaung.

8,251

Jumlah tetamu ketika pertabalan Elizabeth sebagai pemerintah di Westminster Abbey. Ia meliputi tetamu dari 129 negara dan wilayah.

33,446,430

Jumlah dalam minit apabila tempoh pemerintahan Elizabeth secara rasmi mengatasi Ratu Victoria, pada 5:30 petang, 9 September 9 2015.

370,000,000

Jumlah nilai kekayaan dalam pound sterling milik Elizabeth, menurut Sunday Times Rich List in 2022. Baginda dikatakan adalah raja ke-12 terkaya.

Pada 2021, majalah Forbes menamakan Elizabeth sebagai wanita ke-70 paling berkuasa di dunia.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply