Sheikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi

Sheikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi

Sheikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi

Doha: Ulama tersohor, Sheikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi gemar membawa keharmonian dan berusaha menjernihkan kebencian.

Pengerusi Pusat Dialog Antara Agama Antarabangsa Doha, Ibrahim Salah Al-Nuaimi menyifatkan Sheikh Yusuf sebagai seorang ulama yang sederhana dan hebat.

“Beliau bekerjasama rapat dengan ramai wakil dari pelbagai agama untuk membawa keharmonian bersama dan benar-benar meredakan ucapan kebencian yang kadangkala akan timbul antara agama berbeza,” katanya kepada Al Jazeera.

Baca: Kenali Ustaz Ebit Lew

Sementara itu, Jamal El Shayyal Al Jazeera berkata, ulama berkenaan pernah mengarang lebih 120 buku membabitkan sebahagian besarnya mengenai masyarakat Islam global.

“Beliau mungkin ulama paling antarabangsa yang ada dalam Islam pada zaman moden.

“Mungkin satu-satunya yang paling berpengaruh kerana beliau tidak mengehadkan ajarannya kepada bahagian tertentu dalam Islam.

“Beliau juga sering bercakap mengenai isu zaman moden termasuk segala-galanya daripada hubungan yang dibolehkan kepada pilihan raya, demokrasi serta isu keadilan sosial,” katanya.

Salah satu karya awal beliau yang terkenal ialah buku Fiqh al-Zakat (Fiqh Zakat) pada 1973.

Sheikh Yusuf juga berusaha untuk mentafsir semula peraturan sejarah undang-undang Islam untuk mengintegrasikan orang Islam dengan lebih baik dalam masyarakat bukan Islam.

Pengerusi Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (IUMS) serta pemimpin Ikhwanul Muslimin berkenaan dilahirkan pada tahun 1926 di Mesir, ketika negara itu masih di bawah pemerintahan kolonial British.

Beliau berpindah ke Qatar pada awal tahun 1960-an selepas dilantik sebagai Dekan Fakulti Syariah di Universiti Qatar, sebelum diberikan kewarganegaraan Qatar.

Allahyarham kerap muncul di Al Jazeera untuk membincangkan hal-hal agama, menganjurkan program televisyen popular Shariah and Life, menerima panggilan dari seluruh dunia Islam, membuat keputusan teologi dan menawarkan nasihat tentang daripada politik global kepada aspek duniawi dalam kehidupan seharian.

Beliau dibicarakan dan dijatuhi hukuman mati tanpa hadir di Mesir selepas tentera menggulingkan kerajaan pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada 2013.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Qatar semalam, pada usia 97 tahun.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply