Sewa RM28.40 Bermalam Di Penjara, Elak Nasib Malang

Sewa RM28.40 Bermalam Di Penjara, Elak Nasib Malang

Sewa RM28.40 Bermalam Di Penjara, Elak Nasib Malang

New Delhi: Kerajaan Haldwani, Uttarakhand memberi peluang kepada mereka yang mahu merasai pengalaman di penjara dengan mengenakan caj 500 rupee (kira-kira RM28.40) untuk bermalam di dalam sel.

India Times melaporkan, sebahagian bekas penjara kini diubah suai bagi menampung pelancong yang mahukan pengalaman ‘bercuti’ dalam penjara.

Bukan sahaja pelawat tetapi mereka yang menerima nasihat ahli nujum bahawa perlu menjalani hukuman penjara untuk mengelakkan nasib malang.

Ia kerana ada ahli nujum menasihatkan individu itu untuk menjalani hukuman penjara untuk mengelakkan penunjuk dalam horoskop yang meramalkan pemenjaraan.

The Times of India melaporkan penjara Haldwani dibina pada 1903.

“Penjara itu sering menerima ‘perintah’ daripada pegawai kanan untuk membenarkan ‘orang yang disyorkan’ menghabiskan beberapa jam di berek penjara.

” ‘Banduan’ pelancong diberi pakaian seragam tahanan dan makanan yang dibuat di dapur penjara.

“Semua kes sebegini adalah terutamanya apabila ahli nujum meramalkan bahawa hukuman penjara tidak dapat dielakkan mengikut kedudukan planet dalam horoskop mereka.

“Kami mempunyai bahagian terbiar di dalam penjara yang boleh dibangunkan sebagai penjara tiruan untuk menempatkan ‘banduan’ sedemikian selama satu malam dengan bayaran 500 rupee (kira-kira RM28.40),” kata Timbalan Penguasa Penjara, Satish Sukhija.

Seorang ahli nujum yang berpangkalan di Haldwani, Mrityunjay Ojha, berkata, kedudukan yang tidak menguntungkan dalam horoskop atau carta kelahiran seseorang membawa kepada ramalan seseorang itu mungkin perlu menjalani hukuman penjara.

“Dalam keadaan sedemikian, kami biasanya menasihati individu berkenaan untuk bermalam di penjara dan menyediakan makanan mereka oleh banduan untuk mengelak perkara buruk.

“Saya mengemukakan cadangan berhubung perkara itu kepada ketua pemeriksa penjara.

“Dia bukan saja menghargainya malah meminta saya menghantar laporan projek terperinci kepadanya,” kata Sukhija kepada TOI.

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply