Darurat Gara-Gara Ribut Salji

Darurat Gara-Gara Ribut Salji

Darurat Gara-Gara Ribut Salji

Washington: Lebih 5,500 penerbangan dibatalkan di Amerika Syarikat setakat petang Isnin akibat ribut salji, lapor Sputnik memetik Washington Post.

Selain itu, sekurang-kurangnya 50 kematian turut dilaporkan.

Baca: Salji Lebat Bunuh 8 Orang Di Jepun

Antara negeri yang mencatatkan kes kematian ialah Colorado, Illinois, Kansas, Kentucky, Michigan, Missouri, Nebraska, New York, Ohio, Oklahoma, Tennessee dan Wisconsin.

Bandar Buffalo di timur laut negeri New York yang menyaksikan salji lebat pada hujung minggu mencatatkan korban paling ramai.

Setakat hari ini, sekurang-kurangnya 14 orang telah meninggal dunia, menurut laporan itu.

Keadaan bangunan di Buffalo, New York yang diseliputi salji tebal. - FOTO Reuters
Keadaan bangunan di Buffalo, New York yang diseliputi salji tebal.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin meluluskan pengisytiharan darurat untuk negeri New York berikut ribut salji dahsyat yang melanda negeri itu.

Susulan itu juga Biden mengarahkan kerajaan persekutuan mengeluarkan peruntukan bagi membantu kerajaan negeri dan tempatan, menurut Rumah Putih, lapor Xinhua.

Ribut salji dan suhu sejuk yang berterusan telah meragut sekurang-kurangnya 27 nyawa di New York setakat Isnin dan lebih 50 kematian dilaporkan di seluruh negara.-hmetro

About admin 959 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply