Baling Telur Ke Ke Arah Raja Charles lll, Pemuda Didakwa
Pemuda berusia 23 tahun dari York, United Kingdom (UK) didakwa kelmarin selepas membaling telur ke arah Raja Charles lll ketika lawatan ke bandar itu, bulan lalu.
Berikutan itu, Patrick Thelwell selaku tertuduh akan didakwa di Mahkamah Majistret York pada 20 Januari depan, kata Perkhidmatan Pendakwaan Mahkota (CPS), susulan siasatan terhadap insiden itu pada 9 November lalu.
Baca: Geng Anti-vaksin Baling Najis Ke Arah Polis
Jika sabit kesalahan, Thelwell boleh dijatuhi hukuman enam bulan penjara .
Thelwell ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan ketenteraman awam dan dibebaskan pada hari kejadian, kata polis selepas beberapa telur dibaling ke arah raja ketika melawat York.
Penuntut universiti itu dibebaskan dengan ikat jamin dan sebahagian daripada syarat pembebasan sementaranya adalah tidak boleh membawa telur di khalayak ramai selain ketika membeli-belah.
“CPS memberi kuasa kepada Polis Yorkshire Utara untuk mendakwa Patrick Thelwell dengan tingkah laku mengancam yang bertentangan dengan Seksyen 4 Akta Ketenteraman Awam 1986.
“Ia susulan siasatan polis ke atas insiden pada 9 November 2022,” kata Nick Price, ketua Bahagian Jenayah Khas dan Cegah Keganasan CPS.
Thelwell mempunyai hak untuk dibicarakan dengan adil.
“Adalah amat penting tiada pelaporan, ulasan atau perkongsian maklumat dalam talian yang boleh menjejaskan prosiding ini,” kata CPS.
Polis di Bedfordshire, selatan England, berkata, awal bulan ini, mereka mendakwa seorang lelaki berusia 28 tahun dengan kesalahan ketenteraman awam selepas membaling telur ke arah Raja Charles lll semasa baginda berjalan di bandar Luton, utara London.
Dia dibebaskan dengan ikat jamin dan akan hadir ke mahkamah pada 9 Januari.
Charles, 74, menaiki takhta selepas kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II, September lalu.-hmetro
Leave a Reply