Cara Buat Ir. (Jurutera Profesional) 2023 Secara Santai

Cara Buat Ir. (Jurutera Profesional) 2023 Secara Santai

Cara Buat Ir. (Jurutera Profesional) 2023 Secara Santai

Entri kali ini admin ingin membuat satu perkongsian bagi membantu jurutera - jurutera yang berminat untuk mendapatkan Title Ir. secara santai terutama dalam bidang kejuruteraan awam.

Sedikit sebanyak entri ini berkaitan dan bersangkut paut dengan pengalaman admin untuk mendapatkan gelaran @ title Ir. atau P. Eng atau PE Tier 1 ni. Semua jurutera pasti sudah maklum PE Tier 1 ni adalah pengiktirafan jurutera profesional tanpa Practicing Certificate. Secara mudahnya perbezaan antara PE dan PEPC adalah kebenaran (Authorization) sebagai Submitting Person dokumen seperti pelan dan lukisan kepada Pihak Berkuasa hanya kepada Jurutera PEPC.

Ok berbalik kepada topik asal, secara santai di sini bermaksud sasaran untuk mendapatkan Ir. tanpa terikat secara ketat kepada perkara-perkara berikut:

Masa

Mungkin ada yang letak target siap setahun atau kurang 2 tahun. Terpulang tapi tiada bezanya kalau anda dapat Ir. tiga atau empat atau lima tahun lewat dari teman jurutera anda kecuali sebelum tahun 2016. Kenapa 2016? kalau yang tertanya tanya boleh shot komen ya hehe..

Untuk sharing, admin dulu cuma target sebelum umur xxx dan target itu tercapai. Penyesalan nipis tu ada sebab kalau ambil Ir. sebelum tahun 2016 atau awal tahun 2016 lebih baik sebab dapat PEPC terus (terjawab sudah persoalan di atas).

Umur

Ada yang target umur muda dapat Ir. Sebenarnya kau dapat Ir umur tua atau muda tiadalah bezanya tu selagi kerja dengan company swasta atau penjawat awam. Kecuali kau mahu practice sebagai juruperunding la bosku. buli la cop itu endorsed ini certified macam-macam pelan dan lukisan kejuruteraan. So, jangan risau pasal umur, buli kayuh slow-slow.

Naik Gaji

Ini sangat subjektif ya kawan-kawan. Sangat seratus peratus bergantung kepada majikan tapi setakat ni belum pernah lagi admin dengar majikan meletakkan KPI dapat Ir. untuk kenaikan gaji ya. Sila share kalau ada..

Naik Pangkat

Ini pun lebih kurang subjektif juga bosku, sebab ramai saja jurutera yang hebat dan berpangkat walaupun tiada title Ir. Mungkin menjadi satu kekurangan bagi mereka tetapi faktor kerugian itu sangat kecil. Bagaimanapun, jurutera muda sangat disarankan untuk dapatkan title ini. Kenapa? Sebab kita tidak tahu bila, bagaimana dan kenapa rezeki kita muncul dalam bidang yang diceburi…

Ini adalah empat perkara yang perlu diambil kira sekiranya kawan-kawan ingin mendapat title Ir. ni secara santai tidak tergopoh gopoh. Bagaimanapun tidak menjadi kesalahan kalau menjadikannya sasaran dan halatuju kerjaya serta faktor semangat ya kawan-kawan. Terpulang kepada perancangan masing-masing kerana ini cuma pandangan peribadi admin dan tidak wajib ikut :).

Kalau yang masih buntu bagaimana nak mula, klik link di bawah:

Cara Terkini Buat Ir. (Jurutera Profesional)

Cara Buat Ir. Melalui PAE 2022 (Route A)

Cara Buat Ir. Melalui PAE 2022 (Route A)

Maklumat lanjut dan terperinci kawan-kawan boleh rujuk website BEM dan IEM

Semoga bermanfaat!

About admin 961 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply