
Ir. adalah singkatan bagi perkataan Ingenieur. Jurutera yang mempunyai title ini adalah seorang yang berdaftar di bawah Seksyen 10(2) Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Disemak 2015) Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Cara Terkini Buat Ir. (Jurutera Profesional)
Kelebihan asas Jurutera Professional yang berdaftar dengan BEM ialah:
- Boleh memilih pekerjaan yang memerlukan beliau menjalankan atau melaksanakan perkhidmatan kejuruteraan profesional;
- Berhak atau mempunyai kelebihan sebagai “Jurutera Profesional” berbanding dengan Jurutera yang tidak mempunyai PE.
- Berhak menggunakan singkatan “Ir.” sebelum namanya atau singkatan “P.Eng.” selepas namanya
- Menggunakan setem yang ditentukan oleh Lembaga.
Jika anda seorang Jurutera yang sudah bekerja di bidang kejuruteraan bertahun-tahun dan tidak pernah terfikir untuk mendapatkan PE, dan tiba-tiba terdetik untuk mendapatkannya, disini saya ingin kongsikan cara terbaru untuk menyiapkan PE melalui The Institution of Engineers Malaysia (IEM). Format untuk proses mendapatkan PE berubah sejak tahun 2017 dan yang terkini (2019/2020) dari segi laporan sangat berbeza berbanding sebelumnya. Di bawah ini adalah cara-cara terkini nak dapatkan PE anda:
- Daftar dengan BEM sebagai Jurutera Siswazah. Pendaftaran ini adalah wajib serta boleh dilakukan selepas graduate sebagai siswazah kejuruteraan. Berikut adalah sampel sijil pendaftaran BEM:
- Pengalaman kerja dalam design dan site experience. Minimum tempoh untuk pengalaman ini diringkaskan seperti jadual berikut:
Cara Terkini Buat Ir. (Professional Engineer)
- Untuk peringkat yang seterusnya, jika anda mematuhi dua perkara di atas, anda perlu membaca guideline IEM untuk memahami melalui penerangan yang lebih terperinci dari A to Z. sila klik
- Memilih dua orang Proposer. Proposer ialah mentor yang kita pilih untuk menjadi rujukan, penasihat, dan akan menyemak dan paling penting akan memperakui laporan anda. Proposer mestilah Jurutera PE (with practicing certificate) yang berpengalaman dan sama bidang dengan anda. Second Proposer (atau seconder) boleh berlainan bidang kejuruteraan dengan anda. Pendek kata, pemilihan proposer ini mestilah yang memudahkan dan membantu anda untuk menyiapkan PE. Contohnya bos anda sendiri ataupun kawan ataupun sekurang-kurangnya bekerja dengan majikan yang sama. Kalau tiada pilihan ataupun bidang yang berlainan di tempat kerja, bolehlah memilih proposer di luar atau kenalan yang lain.
- IEM menyediakan beberapa form yang boleh dimuat turun secara percuma sila klik. Untuk info, anda boleh memohon PE sama ada berdaftar sebagai graduate member ataupun tidak dengan IEM. Bezanya adalah yuran permohonan sebagai member adalah RM200, non-member pula RM300. Form yang perlu dilengkapkan adalah (sila klik):
- IEM PI A100 – Application Form
- IEM PI A300 – MIEM Application Form
- IEM PI A401 – ANNEXE -Design & Site Experience + IEM PI 0100 – Competency Standard For PI Oral Interview (PI 0100 ini adalah untuk rujukan penyediaan PI A401)
- IEM PI A401 – Training and Experience Report
- IEM PI C300 – Development Action Plan
Baca: 6 Tips Mudah Naik Pangkat
- Langkah seterusnya ialah pengisian atau melengkapkan form atau borang-borang ini. Untuk makluman, format terbaru ini nampak lebih mudah kerana hanya perlu melengkapkan form yang disediakan tetapi jangan ingat semudah itu kerana form PI A401 terdapat 5 kategori kompetensi dan 18 elemen keseluruhan dan anda perlu menceritakan pengalaman berserta bukti dalam lampiran sekurang-kurangnya 500 patah perkataan tidak termasuk lampiran bagi setiap kategori hehe.
- Untuk form ini, nama sahaja form tetapi panjang lebar kandungan yang diperlukan. Ini disebabkan 18 elemen yang mesti dirujuk dan dipadankan dengan pengalaman dan bukti yang dikemukakan. Terus terang part ni yang agak mencabar dan mengambil masa kerana anda perlu korek segala dokumen-dokumen berikut:
- fail-fail teknikal atau projek (kalau masih dalam simpanan),
- sijil-sijil teknikal
- buku kejuruteraan yang dirujuk dalam pekerjaan sebenar (jika perlu)
- lukisan kejuruteraan
- laporan rekabentuk (kalau boleh ada nama anda dalam laporan)
- surat menyurat (samada tandatangan sendiri atau untuk boss)
- minit mesyuarat (nama ada dalam minit)
- Laporan teknikal di tapak (kalau boleh nama ada dinyatakan dalam laporan)
- Method of statement teknikal yang dirujuk
- Bukti penyelesaian isu teknikal di tapak
- Bukti penglibatan dalam projek
- Bukti sebagai designer kejuruteraan (contoh: pengiraan beban rasuk bangunan secara manual dan bukannya ditaip dengan komputer)
- dan macam-macam lagi bergantung dengan konten form masing-masing
- Sekiranya part PI A401 berjaya disiapkan maka anda secara langsung telah berjaya menyiapkan laporan anda lebih kurang 50%. Anda perlu menyiapkan satu laporan teknikal sebanyak 4000 hingga 6000 patah perkataan. Sekiranya laporan teknikal ini siap, maka anda telah berjaya menyiapkan 80% laporan anda. 20% lagi ialah form – form yang ringkas dan mudah.
- Laporan atau form hendaklah diderafkan kepada proposer tadi untuk komen dan semakan. Sekiranya kedua-dua proposer berpuashati, maka final report / form diperakui dan setiap helaian dicop dan ditandatangan.
- Akhir sekali, laporan / form yang siap hendaklah disediakan dalam tiga salianan seperti berikut:
- Untuk diserahkan kepada IEM – 1 original + 1 copy
- Untuk simpanan dan rujukan sendiri – 1 copy
- Serahan boleh dibuat samada melalui IEM di setiap negeri atau terus kepada HQ IEM untuk lebih pantas dan jimat masa.
- Akhir sekali, perjuangan yang menentukan PE anda dalam tangan ialah temuduga yang terdiri daripada Oral dan Written Examination yang boleh dirujuk perinciannya dalam guideline IEM.
- Sekian saja entri kali ini & semoga berjaya!
Nota: Sekiranya anda berjaya mendapatkan PE, anda boleh melangkah dengan lebih professional (sekiranya berminat) untuk mendapatkan PE with Practicing certificate dengan hanya mengambil Peperiksaan Kompetensi Profesional.
Sumber: IEM & BEM
Hai, saya ingin bertanya kelebihan dan keburukan pendaftaran menjadi PE melalui BEM dan IEM
Sebelum pandemik dulu rasanya beza kedua tu IEM lebih laju dan update berbanding BEM, tapi skrg sama2 lembab..
bkn saja lembab, bahkan semua proses kena hold sbb ofis iem ditutup
dua2 nya baik, tiada yg buruk, tp ramai yg through iem sbb lg cpt dan byk update tp sama jg klu tuan melalui iem negeri..nk cpt kena direct iem kl..
Salam. Saya perlukan proposer untuk register IEM. anyone mind to share your ID. thanks
💪💪
Wslm, proposer penting melalui kenalan atau dalam organisasi tempat bekerja anda sendiri, bukan sembarangan minta kat online..haha
Terima kasih tuan atas nasihat. Sukacita dimaklumkan ada hamba Allah baik hati telah share secara online. Jika kita mudah kan kerja orang, insyaAllah, Allah mudah kan urusan kita ya tuan. Assalamualaikum.
Waalaikumsalam, sama-sama tuan, semoga dipermudahkan..Aminn
Saya nak tanya, adakah format report BEM dan IEM sama?
tak pasti tuan tp rasanya sama sebab IEM sendiri dipantau dan di bawah BEM.