Cara Buat Ir. Melalui PAE 2022 - Professional Assessment Examination (Route A)
Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan Jurutera sekalian. Kali ini saya ingin kongsikan proses mendapatkan ‘Title’ Jurutera Professional Melalui Professional Assessment Examination di bawah kendalian Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).
Secara amnya seorang Jurutera secara minima akan / perlu melalui perjalanan karier seperti berikut sebelum layak untuk memohon untuk diiktiraf sebagai Jurutera Profesional:
- Mendaftar dengan BEM sebagai Jurutera Siszawah (Graduate Engineer)
-
Pengalaman kerja selama 3 tahun sepertimana dinyatakan dalam Regulation 22(1)
-
Setelah perkara (1) dan (2) di atas berjaya diperolehi, seorang jurutera layak untuk memohon sebagai Jurutera Profesional melalui 3 pilihan iaitu:
- Profesional Assesment Examination (PAE) (Route A)
- Melalui badan-badan profesional yang diiktiraf BEM i.e. Engineers Australia, IStructE dan sebagainya (Route B)
- IEM (Route C)
4. Permohonan pendaftaran kepada BEM sebagai Jurutera Profesional.
Bagaimana Memohon PE melalui PAE (Route A)?
Langkah 1
- Graduan Kejuruteraan daripada program kejuruteraan yang diakreditasi oleh BEM atau
-
Graduan Kejuruteraan daripada senarai program kejuruteraan bertauliah di Washington Accord signatory countries
Langkah 2
Pendaftaran melalui MyBEM secara atas talian www.engineer.org.my
Pendaftaran perlu menyertakan dokumen-dokumen berikut:
• a non-refundable processing fee of RM 50.00
• Copy of degree certificate*
• Copy of full official transcript*
• Copy of IC/MyKad*
*(all copies are duly certified by an active Professional Engineer)
Tempoh kelulusan permohonan adalah 1 hingga 4 bulan. e-certificate akan diberikan setelah pemohonan diluluskan.
Bidang kejuruteraan secara amnya merangkumi Kejurteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal dan Kejuruteraan Kimia. Bidang pengkhususan terkandung dalam 4 Bidang Kejuruteraan ini.
Langkah 3
Pengalaman Kerja / Practical Experience
Regulation 22(1)(a), Registration of Engineers Regulation 1990 (Revised 2015)
Jurutera siswazah perlu mendapatkan:
- Dua (2) tahun latihan asas dalam bidang kejuruteraan untuk bidang profesional
- Satu (1) tahun kerjaya dalam pembangunan profesional dan terdedah kepada pengurusan dan kepakaran teknikal dalam kejuruteraan.
Sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja diperolehi di Malaysia di bawah seliaan Jurutera Profesional dalam bidang yang sama.
Professional Career Developement And Training:
Langkah 4
Memohon melalui borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web BEM. Borang dilengkapkan berpandukan syarat BEM.
Langkah 5
Menyediakan laporan berikut:
- Training / Experience Report (2 copies)
- Technical / Project Report (2 copies) - This report shall include one or more of a) design work b) Feasibility Study c) Operation and Maintenance d) Other Engineering Work
Langkah 6
Professional Assessment Examination (PAE):
Section A - 1.5 jam (pilih 1 daripada 2 soalan)
Section B - 1.5 Jam (pilih 1 daripada 2 soalan)
Langkah 7 (Akhir)
Setelah lulus PAE, jurutera mesti memohon engineer.org.my untuk didaftarkan sebagai Jurutera Profesional. Pendaftaran ini akan dikenakan cas sebanyak RM300 (registration fee). Sijil pendaftaran akan dikeluarkan selepas semakan dan kelulusan.
Sekian sahaja perkongsian kali ini.
Semoga bermanfaat.
Kredit & sumber : Ir. SUHAIZAD BIN HJ. SULAIMAN (BEM Secretary)
Baca juga: Cara Mohon Ts. (Teknologis Profesional) Daripada MBOT
Leave a Reply