Maut Dalam Kebun Betik, Penggali Tanah Ada Kesan Darah

Maut Dalam Kebun Betik, Penggali Tanah Ada Kesan Darah

Maut Dalam Kebun Betik, Penggali Tanah Ada Kesan Darah

Alor Setar: Lelaki warga Myanmar yang mayatnya ditemukan di kebun betik di Kampung Dalam Wang, Baling kelmarin kemungkinan dicederakan dengan penggali tanah oleh rakan senegaranya.

Sumber berkata, mangsa dipercayai dipukul menggunakan senjata terbabit berdasarkan kepada penemuan penggali tanah berkenaan berhampiran mayatnya ketika siasatan dijalankan di lokasi.

Baca: Remaja Maut Dalam Tandas Terbiar, Rakan Main Api

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan darah pada mata penggali tanah berkenaan dan ia dipercayai digunakan suspek ketika berlakunya pergaduhan antara mereka.

“Kita tidak menolak kemungkinan penggali tanah itu digunakan suspek ketika menyerang mangsa sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian dahi kanan lelaki itu,” katanya.

Menurutnya, hasil siasatan juga mendapati pemilik kebun seorang lelaki tempatan mengusahakan tanah berkenaan dengan memajaknya daripada seorang rakan sejak setahun lalu.

“Pemilik kebun juga menggajikan tiga pekerja warga Myanmar berkenaan untuk membantunya namun semua mereka didapati tiada dokumen sah,” katanya.

Sumber berkata, ada tiga pondok yang didirikan di kebun berkenaan sebagai tempat tinggal tiga pekerja dan mayat ditemui kira-kira empat meter daripada pondok terbabit.

“Setakat ini, lelaki Myanmar yang berjaya ditahan polis mendakwa ada pertengkaran berlaku antara dua rakannya sebelum mangsa yang maut itu dipukul suspek.

“Bagaimanapun, punca sebenar menyebabkan berlakunya pertengkaran antara mereka masih dalam siasatan dan suspek yang memukul mangsa sedang diburu polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat dalam satu kenyataan medianya semalam berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki berusia 30-an dalam keadaan terbaring di kebun berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi.

Susulan daripada itu, seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun yang juga majikan kepada si mati ditahan di kawasan kebun betik berkenaan manakala rakan sekerja si mati yang juga warga Myanmar berusia 33 tahun pula ditahan di Kupang.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply