Penipuan Pelaburan Dalam Talian, 10 Ditahan

Penipuan Pelaburan Dalam Talian, 10 Ditahan

Penipuan Pelaburan Dalam Talian, 10 Ditahan

Enam lelaki tempatan bersama tiga lelaki serta seorang wanita warga asing ditahan dalam satu serbuan di sini, semalam kerana disyaki terbabit kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Kesemua mereka ditahan dalam serbuan ke sebuah premis di Jalan Tun Razak, di sini, pada 5.45 petang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya turut merampas satu unit komputer, tiga unit komputer riba, 17 unit telefon bimbit pelbagai jenama, satu unit Ipad, satu unit modem dan kad akses premis.

Katanya, peralatan yang dirampas didapati mempunyai unsur kegiatan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

“Hasil siasatan awal mendapati sindiket berkenaan menyewa premis ini dan sudah beroperasi selama hampir tiga bulan.

“Tiga daripada mereka berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan manakala selebihnya bertindak sebagai penyelia.

“Mereka direman selama empat hari mulai hari ini hingga 26 Ogos untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dalam satu lagi serbuan, beliau berkata, pihaknya menahan menahan tujuh individu terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita tempatan berusia antara 22 hingga 34 tahun kerana dipercayai terbabit kegiatan mempromosi perjudian dalam talian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati sindiket ini menyewa premis itu beroperasi selama hampir sebulan.

“Mereka berperanan sebagai pegawai khidmat pelanggan, mempromosikan perjudian secara dalam talian kepada warga asing di luar negara.

“Kesemua tangkapan ditahan reman selama empat hari mulai hari ini hingga 26 Ogos untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan pelaburan tidak wujud dalam talian agar tidak terpedaya dengan tipu helah berkenaan.

“Sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah boleh disalurkan ke IPD Dang Wangi di talian 03- 26002222 atau balai polis berhampiran,” katanya.-hmetro

About admin 946 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply