Indonesia Tolak Ganja Untuk Tujuan Perubatan
Jakarta: Mahkamah Perlembagaan Indonesia pada Rabu menolak semakan kehakiman untuk menilai semula undang-undang narkotik untuk membenarkan ganja bagi tujuan perubatan, kata panel sembilan hakim.
Tiga ibu kepada kanak-kanak palsi serebrum yang mendapat sokongan pertubuhan masyarakat sivil memfailkan semakan kehakiman terhadap undang-undang narkotik negara itu pada 2020 dengan alasan penggunaan ganja perubatan untuk merawat penyakit.
Baca: Ganja Dikeluarkan Daripada Senarai Dadah Merbahaya, Hanya Sebagai Tanaman Ubat
Hakim berkata, tiada penyelidikan yang mencukupi untuk mewajarkan keputusan yang memihak kepada plaintif, tetapi menggesa kerajaan untuk segera menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan teraputik narkotik.
“Mahkamah perlu menekankan bahawa kerajaan harus segera membuat susulan dan keputusan yang boleh digunakan untuk menentukan dasar termasuk dalam kes ini yang mungkin mengubah undang-undang,” kata Hakim Suhartoyo.
Dekriminalisasi ganja akan menjadi perubahan dramatik bagi Asia Tenggara yang mempunyai undang-undang antidadah paling ketat di dunia dengan hukuman penjara seumur hidup dan mati jika didapati bersalah memiliki atau mengedar sejumlah narkotik.
Indonesia Tolak Ganja Untuk Tujuan Perubatan
Jakarta: Mahkamah Perlembagaan Indonesia pada Rabu menolak semakan kehakiman untuk menilai semula undang-undang narkotik untuk membenarkan ganja bagi tujuan perubatan, kata panel sembilan hakim.
Tiga ibu kepada kanak-kanak palsi serebrum yang mendapat sokongan pertubuhan masyarakat sivil memfailkan semakan kehakiman terhadap undang-undang narkotik negara itu pada 2020 dengan alasan penggunaan ganja perubatan untuk merawat penyakit.
Hakim berkata, tiada penyelidikan yang mencukupi untuk mewajarkan keputusan yang memihak kepada plaintif, tetapi menggesa kerajaan untuk segera menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan teraputik narkotik.
“Mahkamah perlu menekankan bahawa kerajaan harus segera membuat susulan dan keputusan yang boleh digunakan untuk menentukan dasar termasuk dalam kes ini yang mungkin mengubah undang-undang,” kata Hakim Suhartoyo.
Dekriminalisasi ganja akan menjadi perubahan dramatik bagi Asia Tenggara yang mempunyai undang-undang antidadah paling ketat di dunia dengan hukuman penjara seumur hidup dan mati jika didapati bersalah memiliki atau mengedar sejumlah narkotik.-hmetro
Leave a Reply