Rusia Kehilangan 12 Jeneral, 57 Kolonel, 35,600 Anggota
Moscow: Presiden Rusia, Vladimir Putin kehilangan seorang lagi kolonel, yang ke-57 dalam tempoh hanya empat bulan perang ketika pertempuran semakin sengit di timur Ukraine.
Portal Independent melaporkan Leftenan Kolonel Pavel Kislyakov, 40, dikebumikan dengan penghormatan penuh tentera di kampung halamannya di Moscow, baru-baru ini.
Baca: Rusia Mengebom Bandar Di Seluruh Negara Ukraine
Kislyakov yang juga komander unit berprestij pasukan payung terjun Rusia adalah kolonel ke-57 yang diketahui terbunuh sejak Putin mengarahkan tenteranya melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine.
Menurut laporan, Kislyakov adalah timbalan ketua kakitangan dalam tentera Rusia dan ketua jabatan operasi Briged Lintas Udara ke-11.
Mengulas mengenai kematiannya, seorang askar Ukraine berkata, kematian Kislyakov, sangat meragukan.
“Tiada butiran diberikan mengenai di mana dia dibunuh di Ukraine, tetapi kematiannya menyerlahkan kehilangan mengerikan pegawai berpangkat tinggi oleh Rusia.
Rusia pada Khamis mengumumkan akan mengundurkan tenteranya dari Pulau Ular, di luar pantai Laut Hitam sebagai ‘isyarat muhibah’.
Kementerian itu berkata, langkah itu menunjukkan Rusia tidak menghalang usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menganjurkan koridor kemanusiaan untuk usaha mengeksport produk pertanian keluar dari Ukraine.
Awal bulan ini, Rusia kehilangan seorang lagi kolonel kanan, Sergei Postnov, yang terbunuh dalam pertempuran.
Dia adalah sebahagian daripada unit propaganda tentera di Pengawal Kebangsaan Rusia yang melaporkan terus kepada Putin.
Dia bertugas aktif dengan tentera Rusia berhampiran dengan Kyiv, di Kharkiv, serta baru-baru ini di wilayah Luhansk.
Menurut Staf Am Angkatan Tentera Ukraine, Rusia kehilangan kira-kira 35,600 anggota sejak pencerobohan bermula.
Kolonel Pavel Kislyakov ialah kolonel ke-57 yang diketahui mati dalam pertempuran, manakala dipercayai sekurang-kurangnya 12 jeneral terbunuh di Ukraine.-hmetro
Leave a Reply