Jepun Dilanda Gelombang Panas Pecah Rekod 150 Tahun

Jepun Dilanda Gelombang Panas Pecah Rekod 150 Tahun

Jepun Dilanda Gelombang Panas Pecah Rekod 150 Tahun

Tokyo: Jepun berada dalam gelombang cuaca paling panas dan ia memecahkan rekod selama 150 tahun, dengan suhu panas terik selama empat hari berturut-turut.

Gelombang panas berlaku kurang dua minggu sebelum pilihan raya negara di mana harga, termasuk kos elektrik, adalah antara isu utama pilihan pengundi dalam tinjauan pendapat yang menunjukkan penarafan kerajaan merosot dengan ahli politik termasuk gabenor Tokyo menggesa pemotongan harga.

Suhu di ibu negara mencecah 35.1 darjah Celcius menjelang 1 tengah hari waktu tempatan pada Selasa lalu, selepas tiga hari berturut-turut suhu mencecah 35 darjah Celcius, cuaca terpanas pada bulan Jun, sejak rekod bermula pada 1875.

Agensi Meteorologi Jepun meramalkan paras tertinggi 36 darjah Celcius di Tokyo pada Khamis dan 35 darjah Celcius pada Jumaat.

Ketika amaran strok haba dikeluarkan di beberapa kawasan di negara itu pada Selasa, kes kemasukan ke hospital meningkat, dengan perkhidmatan kecemasan mengatakan 76 orang dibawa ke hospital di Tokyo.

Orang ramai di ibu negara dan di tempat lain terus ingkar nasihat kerajaan untuk mengurangkan risiko strok haba dengan tidak memakai pelitup muka di luar rumah, selepas lebih daripada dua tahun pemakaiannya secara meluas di tempat awam semasa pandemik Covid-19.

“Kami memberitahu orang ramai bahawa apabila mereka berada di luar, boleh mengambil jarak yang mencukupi dan tidak bercakap, mereka harus menanggalkan pelitup muka,” kata Menteri Kesihatan Shigeyuki Goto pada sidang akhbar.

Untuk hari kedua, pihak berkuasa meminta pengguna di kawasan Tokyo menjimatkan tenaga elektrik bagi mengelak bekalan elektrik terputus.

“Nampaknya ada beberapa warga emas yang menutup penghawa dingin mereka kerana kami meminta orang ramai menjimatkan tenaga, tetapi dalam cuaca panas begini jangan teragak-agak untuk menyejukkan badan,” kata Menteri Perdagangan dan Industri Koichi.-hmetro

About admin 1195 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply