Mumia Bayi Mamot Berusia 30,000 Tahun Ditemui Pelombong

Mumia Bayi Mamot Berusia 30,000 Tahun Ditemui Pelombong

Mumia Bayi Mamot Berusia 30,000 Tahun Ditemui Pelombong

Ottawa: Seorang pelombong emas di Kanada menemui mumia bayi mamot hampir sempurna.

CBS News melaporkan, penemuan itu disahkan kerajaan Yukon dan Trʼondëk Hwëchʼin iaitu sebuah wilayah tempatan.

Mumia betina itu diberi nama Nun cho ga, yang bermaksud ‘bayi haiwan besar’ dalam bahasa Hän.

Baca: Selepas 40 Tahun Bayi Hilang Disahkan Selamat

“Pelombong itu menemui mumia yang masih sempurna dengan kulit dan rambutnya ketika kerja menggali di Eureka Creek dekat ladang emas Klondike dalam Wilayah Tradisional Trʼondëk Hwëchʼin,” katanya dalam kenyataan akhbar kerajaan.

Mumia itu dianggarkan beku semasa Zaman Ais lebih 30,000 tahun lalu.

Ketika hidup, haiwan itu kemungkinan menjelajah Yukon dengan kuda liar, singa gua dan bison.

Difahamkan, penemuan itu jarang berlaku, walaupun untuk kawasan seperti Yukon, yang mempunyai rekod fosil haiwan zaman ais yang terkenal di dunia.

“Penemuan Nun cho ga menandakan mumia mamot berbulu yang hampir sempurna dan paling terpelihara yang pertama ditemui di Amerika Utara,” katanya.

“Ia memang menakjubkan,” Tr’ondëk Hwëch’in Elder Peggy Kormendy.

Penemuan terdahulu adalah di Alaska apabila seekor anak lembu raksasa separa bernama Effie ditemui pada 1948.

Pada 2007, mumia bayi mamot berbulu berusia 42,000 tahun bernama Lyuba ditemui di Siberia.

“Nun cho ga sama saiznya dengan Lyuba. Trʼondëk Hwëchʼin dan kerajaan Yukon bekerjasama untuk ‘memulihara dan mempelajari lebih lanjut mengenai Nun cho ga dengan hormat,” katanya.

Ahli paleontologi Yukon Dr Grant Zazula berkata, salah satu impiannya adalah bersemuka dengan mamot bulu sebenar.

“Impian itu menjadi kenyataan hari ini. Nun cho ga cantik dan salah satu daripada mumia haiwan zaman ais paling luar biasa yang pernah ditemui di dunia. Saya sungguh teruja mengenalinya,” katanya.-hmetro

About admin 1185 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply