Penduduk Gempar Jumpa ‘Mayat’ Terapung, Rupanya Bertakafur
Bangkok: Penduduk di sini, gempar apabila menyangkakan seorang warga emas meninggal dunia selepas dilihat terapung dalam saluran air kotor.
Bagaimanapun, sangkaan mereka itu meleset apabila lelaki itu sebenarnya sedang bertafakur.
Portal Oddity Central melaporkan, ada penduduk di tepi terusan air bandar ternampak ‘mayat’ kaku terapung di dalam air yang kotor dan dipenuhi sampah.
Bagaimanapun, sebelum pihak berkuasa tiba di sana, beberapa orang di tebing terusan itu cuba menjerit ke arah mayat itu untuk memastikan dia benar-benar mati.
Baca: Ibu Dan Anak Lemas Ketika Ketika Berenang Di Kolam Renang
Seorang pemuda bertindak berani turun ke terusan kotor itu dan cuba menyentuh kaki lelaki tua itu yang kemudian bergerak.
“Kami sangka dia sudah mati! Semua orang menjerit tetapi dia tidak bergerak,” kata anggota penyelamat Sommatr Promvog kepada wartawan tempatan.
“Apabila seseorang cuba menariknya keluar dari air, dia tiba-tiba bercakap. Dia berkata dia hanya bertafakur,” katanya.
Selepas membantu lelaki itu keluar dari terusan, sebuah ambulans dipanggil untuk melakukan pemeriksaan kesihatan lelaki tua itu dan kakitangan mendapati dia dalam keadaan sedar dan kesihatannya adalah baik.
Penduduk Gempar Warga Emas Disangka Lemas Rupanya Bertakafur
Bangkok: Penduduk di sini, gempar apabila menyangkakan seorang warga emas meninggal dunia selepas dilihat terapung dalam saluran air kotor.
Bagaimanapun, sangkaan mereka itu meleset apabila lelaki itu sebenarnya sedang bertafakur.
Portal Oddity Central melaporkan, ada penduduk di tepi terusan air bandar ternampak ‘mayat’ kaku terapung di dalam air yang kotor dan dipenuhi sampah.
Bagaimanapun, sebelum pihak berkuasa tiba di sana, beberapa orang di tebing terusan itu cuba menjerit ke arah mayat itu untuk memastikan dia benar-benar mati.
Seorang pemuda bertindak berani turun ke terusan kotor itu dan cuba menyentuh kaki lelaki tua itu yang kemudian bergerak.
“Kami sangka dia sudah mati! Semua orang menjerit tetapi dia tidak bergerak,” kata anggota penyelamat Sommatr Promvog kepada wartawan tempatan.
“Apabila seseorang cuba menariknya keluar dari air, dia tiba-tiba bercakap. Dia berkata dia hanya bertafakur,” katanya.
Selepas membantu lelaki itu keluar dari terusan, sebuah ambulans dipanggil untuk melakukan pemeriksaan kesihatan lelaki tua itu dan kakitangan mendapati dia dalam keadaan sedar dan kesihatannya adalah baik.-hmetro
Leave a Reply