Makan Daging Anjing, Sembelih 388,000 Setiap Tahun
Seoul: Lebih 520,000 anjing dipelihara untuk mendapatkan dagingnya di Korea Selatan setakat Februari ini dengan 388,000 disembelih setahun.
Dalam satu kajian didedahkan Isnin lalu, terdapat 1,156 tempat ternakan anjing di seluruh negara dan masing-masing memelihara purata 450 haiwan.
Baca: Anjing Terkenal Bernama Boji Punya Akaun Twitter Dan Suka Menjelajah
Portal The Korea Herald melaporkan, jumlah keseluruhan restoran yang menghidangkan daging anjing di seluruh negara ialah 1,666.
Dapatan itu diperoleh menerusi kajian lapangan selama dua bulan dijalankan badan perundingan kerajaan mengenai penggunaan daging anjing untuk dimakan.
Panel itu mendedahkan hasil tinjauan berdasarkan pendapat umum yang dijalankan pada Mei lalu ke atas 1,514 orang dewasa di negara ini.
Sebanyak 55.8 peratus responden berkata, Korea harus berhenti makan daging anjing manakala 28.4 peratus responden mahu amalan itu dipelihara.
Sebahagian besar rakyat iaitu 52.7 peratus tidak bersetuju dengan menghalalkan perdagangan daging anjing yang kini berada di kawasan ‘kelabu’ yang sah manakala 40 peratus bersetuju.
Seramai 88 peratus daripada responden mengaku tidak makan daging anjing.
Pasukan petugas daging anjing, yang terdiri daripada 21 anggota dilancarkan pada Disember untuk mengemukakan cadangan dasar mengenai penggunaan daging anjing supaya kerajaan mengambil langkah menyampaikannya termasuk semakan undang-undang berkaitan.-hmetro
Leave a Reply