
Keretapi Bertembung 24 Cedera
Sekurang-kurangnya 24 cedera selepas dua kereta api bawah tanah New York bertembung, semalam.
Insiden itu turut mengakibatkan gangguan komuter di bandar raya itu.
Puluhan kenderaan polis dan bomba dikejarkan ke kawasan itu untuk membantu ratusan penumpang yang terjejas, manakala orang ramai mencari laluan alternatif kerana tiga laluan kereta api bawah tanah, mengalami gangguan teruk.
Komander perkhidmatan perubatan kecemasan, Ian Swords berkata, setakat ini, 24 orang hanya mengalami kecederaan ringan, manakala tiada kematian direkodkan.
Dalam pada itu, komander bomba, Mike Meyers mengesahkan pihaknya menerima makluman mengenai insiden di kejiranan Upper West Side, Manhattan itu, kira-kira 3 petang.
Sementara itu, syarikat pengendali kereta api bawah tanah New York City menerusi platform X memaklumkan, kemalangan itu menyebabkan gangguan besar kepada perkhidmatan kereta api bawah tanah.-hmetro

Leave a Reply