Wanita Menyamar Doktor Palestin ‘Kantoi’

Wanita Menyamar Doktor Palestin 'Kantoi'

Wanita Menyamar Doktor Palestin ‘Kantoi’

Tular di laman sosial video seorang wanita yang menyamar sebagai doktor Palestin bertugas di Hospital Al-Shifa di Gaza.

Portal BNN Network melaporkan, video berdurasi kira-kira dua minit itu menunjukkan seorang wanita memakai kot putih dan tudung, bercakap dalam bahasa Arab dengan sarikata Bahasa Inggeris.

Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Dr Rania al-Najjar, seorang pakar pediatrik yang bekerja di Hospital Al-Shifa, hospital terbesar di Gaza.

Dia mendakwa rakaman video itu bagi mendedahkan kebenaran tentang Hamas, yang dikatakan bertanggungjawab atas penderitaan dan kematian rakyat Palestin.

Wanita itu mendakwa Hamas menyerang hospital dan mencuri bahan api serta ubat yang dimaksudkan untuk pesakit.

Katanya, hospital kehabisan bekalan dan peralatan manakala doktor dan jururawat bertugas dalam keadaan yang sukar dan berbahaya.

Wanita itu juga memberitahu, Hamas menghalang mereka yang cedera dan sakit daripada meninggalkan Gaza untuk menerima rawatan di negara lain.

Dia merayu kepada dunia untuk membantu rakyat Palestin dan menghentikan Hamas daripada membunuh mereka.

Difahamkan, video itu bukanlah asli tetapi lakonan pelakon yang pernah terbabit dalam propaganda lain.

Pelakon itu dipercayai warga Kuwait yang menetap di Mesir.

Dia pernah muncul dalam beberapa video yang dihasilkan oleh Institut Penyelidikan Media Timur Tengah (MEMRI), sebuah organisasi berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang memantau dan menterjemah kandungan media dari dunia Arab dan Islam.

Dalam salah satu video, wanita itu berpura-pura menjadi pelarian Syria yang memuji Israel dan mengkritik negara Arab kerana layanan mereka terhadap pelarian.

Menerusi video lain, dia berpura-pura menjadi wanita Saudi yang menyokong normalisasi hubungan antara Israel dan negara Arab.

Dalam kedua-dua video, dia menggunakan nama yang sama, Rania al-Najjar, dan memakai kot putih serta tudung yang sama seperti dalam video yang mendakwa sebagai doktor Palestin.

Video yang dilakonkannya sebagai doktor Palestin pertama kali disiarkan di laman web dan akaun media sosial MEMRI pada 8 Oktober lalu.-hmetro

About admin 1190 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply