Gigi Ikan Seperti Manusia

Gigi Ikan Seperti Manusia

Gigi Ikan Seperti Manusia

Seorang nelayan terkejut apabila menangkap seekor ikan pelik yang mempunyai gigi seperti manusia.

Mirror New melaporkan, ikan yang dikenali sebagai Sheepshead itu ditangkap Brian Summerlin, 38, yang memancing di Tangier Sound, di luar Maryland, Amerika Syarikat.

Ikan itu terkenal dengan suka mencuri umpan, tetapi amat sukar ditangkap.

Baca: Ikan Pari “Gergasi” Sepanjang 13 Kaki Di Sungai Mekong

Nelayan itu mengakui anak perempuannya mahu menyimpan gigi dan meletakkannya di bawah bantalnya untuk diberikan kepada pari-pari gigi.

“Ia ikan yang sangat menakjubkan kerana dapat menyesuaikan diri dengan apa sahaja makanan.

“Gigi hadapannya boleh menggigit teritip dalam apa sahaja keadaan di dalam air.

“Ia juga mempunyai gigi molar di bahagian atas dan bawah mulut untuk menghancurkan haiwan jenis kerangan.

“Anak perempuan saya mahu menyimpan giginya kerana ia kelihatan seperti gigi manusia,” katanya.

Ikan seberat 7.5 kilogram (kg) itu turut memecahkan rekod tangkapan ikan Sheepshead di Maryland pada Ogos 2020 yang hanya seberat 6.4 kilogram

Anehnya, ia sudah mempunyai mata kail di mulutnya sebelum dikenali Brian sebagai miliknya, yang hilang apabila seekor ikan memutuskan tali pancingnya sejam sebelumnya.

“Saya agak teruja mengenainya (pecahkan rekod).

“Saya juga tahu kemungkinan saya dapat memecahkan rekod.

“Keluarga saya juga seronok makan ikan itu. Sheepshead ialah salah satu ikan kegemaran keluarga saya,” katanya.-hmetro

About admin 1144 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply