Sarang Labah-Labah Dalam Telinga Guru

Sarang Labah-Labah Dalam Telinga Guru

Sarang Labah-Labah Dalam Telinga Guru

Seorang ibu muda, baru-baru ini, terkejut apabila mendapati sarang labah-labah di dalam telinganya, lapor portal Mirror.

Lucy Wild, 29, membuat penemuan itu semasa menyiasat apa yang menyebabkan kesakitan di dalam telinganya.

Lucy yang juga seorang guru sambilan dan pencipta kandungan dari Sale, Cheshire berkata, apa yang ditemukan itu seperti sesuatu daripada siri fiksyen Stranger Things.

Baca: Bedah Hidung Sendiri, Lelaki Masuk ICU

Menurutnya, dia mula perasan sesuatu yang pelik di telinganya pada pertengahan Oktober lalu.

Dia merasakan ‘sesuatu’ di dalam telinganya apabila dia bangun tidur, namun menganggap ia mungkin kerana tahi telinga.

Tetapi apabila sakit itu berterusan sepanjang hari, dia menggunakan kamera earbud camera (sejenis kamera kecil) untuk melihat keadaan di dalam telinganya.

Ibu kepada tiga anak itu terkejut apabila mendapati seekor labah-labah di telinganya dan dengan menggunakan minyak zaitun, dia berjaya mengeluarkan serangga itu. .

Dia fikir pengalaman pahit itu sudah berakhir , tetapi beberapa minggu kemudian dia kembali sakit di telinganya.

Apabila dia sekali lagi menggunakan kamera itu, dia mendapati bahagian di dalam telinganya diselaputi bahan hitam.

Susulan itu, dia bertemu doktor yang kemudian merujuknya ke bahagian telinga, hidung dan tekak (ENT). Wanita itu terkejut apabila pakar ENT berkata, ada sarang labah-labah di dalam telinganya.

Selepas prosedur yang sangat menyakitkan, sarang itu dapat dikeluarkan dari telinganya.

Doktor membersihkan telinganya, tetapi Lucy berkata, dia masih terkesan secara emosi dengan apa yang berlaku.-hmetro

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply