
Tiada Tsunami Di Kota Belud
Tiada amaran sebarang amaran tsunami dikeluarkan untuk kawasan Kota Belud, Sabah, buat masa ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, pihaknya mendapat maklumat berkenaan siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) yang terletak di kawasan Masjid Imam Hj Mustapah, Kota Belud berbunyi pada awal pagi tadi.
Baca: Pulang Kampung Selepas Tsunami 11 Tahun Lalu
“Kejadian itu dikhuatiri berlaku kerana masalah teknikal dan tindakan sewajarnya sedang diambil.
“Met Malaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang timbul susulan kejadian ini,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.
Katanya, orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih berkenaan gempa bumi dan tsunami melalui laman web Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi Met Malaysia serta Hotline di talian 1300221638.-hmetro
Leave a Reply