300 Ribu Dijangkiti Denggi

300 Ribu Dijangkiti Denggi

300 Ribu Dijangkiti Denggi

Dalam tempoh kurang 11 bulan tahun ini, demam denggi meragut lebih 1,400 nyawa dan menjangkiti hampir 300,000 orang di Bangladesh.

Berdasarkan rekod terbaharu Direktorat Jenderal Perkhidmatan Kesihatan (DGHS), penularan denggi mencapai tahap membimbangkan tahun ini, dengan sebanyak 283,593 kes dan 1,425 kematian direkodkan setakat 7 Nov, lapor Xinhua.

Menurut angka terbaru yang dilaporkan oleh DGHS di bawah Kementerian Kesihatan, kematian denggi tahun ini termasuk 77 kematian pada November, 359 pada Oktober, 396 pada September, 342 pada Ogos dan 204 pada Julai.

DGHS berkata dari 1 hingga 7 Nov, sebanyak 12,418 kes denggi baharu direkodkan selepas 67,769 orang dilaporkan dijangkiti penyakit bawaan nyamuk itu bulan lepas, kata DGHS.

Negara Asia Selatan itu merekodkan lapan lagi kematian dan 1,895 kes jangkitan denggi dalam tempoh 24 jam hingga 8 pagi waktu tempatan pada Selasa, menurut data DGHS.

Negara itu mengalami peningkatan kes denggi tertinggi pada September, dengan 79,598 kes jangkitan baharu dan 396 kematian dilaporkan.

Sementara itu, China menyediakan bantuan kecemasan anti-denggi kepada Bangladesh pada Selasa.

Terdahulu, kedutaan China telah menyumbang kit-kit denggi kepada Hospital Kolej Perubatan Enam yang berpangkalan di ibu kota Dhaka.-hmetro

About admin 1248 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply