Kapal Angkasa Kaji Matahari India Sampai Destinasi

Kapal Angkasa Kaji Matahari India Sampai Destinasi

Kapal Angkasa Kaji Matahari India Sampai Destinasi

Misi angkasa lepas pertama India untuk mengkaji matahari sudah sampai ke destinasinya, lapor Agensi Anadolu.

Perdana Menteri Narendra Modi berkata, negara itu mencipta satu lagi kejayaan, ketika balai cerap solar pertama India Aditya-L1 sampai ke destinasinya.

“Ia adalah bukti dedikasi tanpa henti saintis kami dalam merealisasikan misi angkasa yang paling kompleks dan rumit.

Baca: India Mahu Lancar Satelit Peninjau Ke Matahari Pula

“Saya dan seluruh negara memuji pencapaian luar biasa ini.

“Kami akan terus mengejar sempadan baharu sains untuk manfaat manusia,” menurut Modi menerusi hantaran di platform X.

Misi itu ialah balai cerap angkasa India pertama yang mengkaji matahari dari orbit halo mengelilingi titik Lagrangian (L1) yang terletak kira-kira 1.5 juta kilometer (930,000 batu) dari Bumi, menurut Organisasi Penyelidikan Angkasa India.

Kapal angkasa Aditya-L1 dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan di Sriharikota selatan India pada 2 Sept dan menjalani fasa pelayaran selama kira-kira 110 hari sebelum mencapai kedudukan yang disasarkan pada 6 Januari.-hmetro

 

About admin 1157 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply