Makam Purba 3500 Tahun Ditemui

Makam Purba 3500 Tahun Ditemui

Makam Purba 3500 Tahun Ditemui

Kaherah: Pihak berkuasa Mesir, hari ini, mengumumkan penemuan sebuah makam purba di Luxor berusia 3,500 tahun lalu yang dipercayai oleh ahli arkeologi menyimpan jenazah dinasti diraja ke-18 .

Ketua Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, Mostafa Waziri berkata, makam itu sudah digali oleh penyelidik Mesir dan British di tebing barat Sungai Nil, yang terletaknya Lembah Ratu dan Lembah Raja-raja yang terkenal.

Baca: Menyingkap Rahsia Kubur Berkepala Enam

“Elemen pertama yang ditemui setakat ini di dalam makam itu seolah-olah menunjukkan bahawa ia bermula sejak dinasti ke-18 firaun Akhenaton dan Tutankhamun,,” kata Waziri dalam satu kenyataan.

Dinasti ke-18, sebahagian daripada tempoh sejarah Mesir yang dikenali sebagai kerajaan baharu, berakhir pada 1292 Sebelum Masihi (SM) dan dianggap antara tahun paling makmur untuk Mesir Purba.

Ketua Misi Penyelidikan British, Piers Litherland dari Universiti Cambridge berkata, makam itu mungkin milik isteri diraja atau puteri keturunan Thutmosid.

Ahli arkeologi Mesir, Mohsen Kamel berkata, bahagian dalam makam itu dalam keadaan buruk.

Sebahagian daripadanya termasuk “inskripsi yang musnah dalam banjir pada zaman purba yang memenuhi ruang pengebumian dengan pasir dan sedimen batu kapur”, tambah Kamel, menurut kenyataan lembaga antikuiti.

Mesir mendedahkan beberapa penemuan arkeologi utama dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terutamanya di nekropolis Saqqara dekat selatan ibu kota Kaherah.

Penemuan itu menjadi komponen utama dalam percubaan Mesir untuk memulihkan industri pelancongan pentingnya.

Negara dengan 104 juta penduduk itu mengalami krisis ekonomi yang teruk. Industri pelancongan Mesir menyumbang 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan kira-kira dua juta pekerjaan, menurut angka rasmi, tetapi dihimpit pergolakan politik dan wabak Covid-19.-hmetro

About admin 974 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply