Satelit 38 Tahun Dijangka Terhempas Di Bumi Esok

Satelit 38 Tahun Dijangka Terhempas Di Bumi Esok

Satelit 38 Tahun Dijangka Terhempas Di Bumi Esok

Selepas hampir empat dekad dilancarkan ke ruang angkasa, Satelit Earth Radiation Budget (ERBS) diramalkan terhempas di bumi, esok.

ERBS yang dilancarkan ke orbit terendah bumi pada 5 Oktober 1984 bagi mengukur kadar tenaga radiasi bumi ditetapkan untuk terhempas dari ruang angkasa.

Jabatan Pertahanan Amerika meramalkan, satelit itu akan memasuki semula ruang atmosfera kira-kira 6.40 petang EST (5.10 pagi) esok dengan kadar ketidakpastian +/- 17 jam.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) meramalkan, satelit itu dijangka terbakar sepenuhnya di langit selepas masuk semula ke atmosfera bumi.

“Pasukan menjangkakan kebanyakan satelit akan terbakar semasa ia bergerak melalui atmosfera, tetapi beberapa komponen dijangka masih ada ketika masuk semula ke ruang udara bumi.

“Risiko bahaya kepada mana-mana pihak di bumi adalah sangat rendah iaitu kira-kira satu dalam 9,400 orang,” kata Nasa dalam satu kenyataan.

Nasa berkata, ERBS berjaya melebihi jangka hayat perkhidmatannya selama dua tahun sehingga mampu beroperasi selepas jangkaan ‘persaraannya’ pada 2005.

“Pemerhatiannya membantu penyelidik mengukur kesan aktiviti manusia terhadap keseimbangan radiasi bumi.

“Nasa terus membina kejayaan misi ERBE dengan projek termasuk rangkaian instrumen satelit Clouds dan Earth’s Radiant Energy System (CERES) semasa,” kata Nasa.

ERBS secara aktif menyiasat bagaimana bumi menyerap dan memancarkan tenaga daripada matahari dan membuat pengukuran ozon stratosfera, wap air, nitrogen dioksida dan aerosol.

Pelancarannya sebahagian daripada misi Earth Radiation Budget Experiment (ERBE) membabitkan tiga satelit Nasa.

Kapal angkasa itu membawa tiga instrumen iaitu dua untuk mengukur kadar tenaga radiasi bumi manakala satu untuk mengukur juzuk stratosfera termasuk ozon.

Data yang dikumpul kapal angkasa membantu membentuk Perjanjian Protokol Montreal antarabangsa, mengakibatkan penurunan dramatik penggunaan klorofluorokarbon yang memusnahkan ozon di seluruh dunia.-hmetro

About admin 1197 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply