Kekosongan Jawatan SESB - Penyelia Kenderaan / Juruteknik Automotif
Kekosongan Jawatan SESB:
Penyelia Kenderaan (Juruteknik Automotif Kontrak) W.P Labuan
Maklumat & Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (termasuk Ujian Lisan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Mempunyai Sijil dalam bidang Automotif dari mana-mana institusi pengajian tinggi atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Memiliki lesen memandu sekurang-kurangnya kelas D yang sah;
- Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.
Baca: mySESB Online Muat Turun Dan Cara Daftar
Bidang Tugas
- Memastikan pengoperasian kenderaan oleh Pemandu berjalan dengan lancar;
- Memastikan hitungan kilometre (mileage) direkodkan di dalam Buku Lembaran Log Perjalanan Kenderaan (Logbook) oleh Pemandu;
- Memastikan pembelian bahanapi kenderaan (fuel) direkodkan oleh Pemandu dalam Buku Log Aktiviti Kenderaan.Membuat pemancangan kenderaan dalam Sistem SAP (FM);
- Bertanggungawab menguruskan pembaikan dan penyelenggaraan kenderaan SESB;
- Merekodkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan (Repair & Maintenance) di dalam Sistem SAP;
- Memastikan saman dan kompaun dilunaskan dan dipantau dari masa ke semasa;
- Memastikan kenderaan mempunyai cukai jalan yang sah;
- Membuat pembaharuan cukai jalan kenderaan setiap tahun (sebelum cukai jalan sedia ada tamat tempoh);
- Memastikan maklumat kenderaan lengkap (No. kenderaan & Lokasi kenderaan) untuk tujuan Physical Asset Verification Exercise (PAVE);
- Membuat cadangan hapuskira dan pelupusan kenderaan bagi kenderan yang tidak diperlukan atau tidak effisien untul digunakan lagi.
Sumber: erecruit SESB
Tarikh Tutup: 07 Jul 2025
Leave a Reply