Dua Mayat Ditemui Dalam Ruang Gear Pendaratan Pesawat

Dua Mayat Ditemui Dalam Ruang Gear Pendaratan Pesawat

Dua Mayat Ditemui Dalam Ruang Gear Pendaratan Pesawat

Buenos Aires: Dua mayat ditemukan di bahagian ruang gear pendaratan pesawat selepas pesawat itu mendarat di Bogotá, menurut syarikat penerbangan Colombia Avianca pada Sabtu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Penerbangan AV116 dari Santiago de Chile itu mendarat di Lapangan Terbang El Dorado di Bogotá pada Jumaat petang.

Baca: Seorang Penumpang Haram Pesawat Terselamat Berpaut Pada Gear Pendaratan

Penyiar Caracol melaporkan kedua-dua mayat lelaki itu ditemukan di bahagian bawah kanan dan kiri pesawat.

Menurut pihak berkuasa mayat itu kemungkinan telah berada di ruang berkenaan selama beberapa hari.

Kali terakhir pesawat itu diselenggara pada 27 Disember 2022.

Antara 31 Disember dan 3 Januari pesawat itu berada di Punta Cana di Republik Dominican.-hmetro

About admin 977 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply