Seorang Penumpang Haram Pesawat Terselamat Berpaut Pada Gear Pendaratan

penumpang haram terselamat
gambar hiasan

Penumpang haram yang bernasib baik. Itu perumpamaan yang boleh diberikan kepada seorang remaja yang terselamat selepas berpaut pada bahagian gear pendaratan sebuah pesawat dari London ke Belanda.

Apa yang lebih mengejutkan, remaja itu mampu bertahan dalam suhu sejuk melampau ketika menjadi ‘penumpang haram’ pesawat berkenaan.

Evening Standard melaporkan remaja berusia 16 tahun itu ‘menumpang’ pesawat itu dengan duduk di bahagian roda pesawat.

Baca: Pesawat Sriwijaya Air Terhempas Di Kepulauan Seribu

Dia dilaporkan menaiki pesawat kargo Turkish Airlines dari Lapangan Terbang Stansted, London ke Lapangan Terbang Maastricht, Jumaat lalu.

Menurut satu ciapan di Twitter, cawangan pasukan keselamatan Belanda, Dutch Royal Marechaussee berkata, pihak berkuasa akan menyiasat sama ada kejadian itu berkait rapat dengan isu pemerdagangan manusia.

Sementara itu, penerbitan penerbangan Belanda, Lucktvaart Nieeus mengesahkan pesawat kargo yang mendarat dari London itu, pesawat Airbus A330 itu milik Turkish Airlines.

Sehari sebelum itu, pesawat itu berlepas dari Nairobi, Kenya menerusi Istanbul untuk ke Lapangan Terbang Stansted, London.

Jurucakap Lapangan Terbang Stansted berkata, pihaknya tidak mengesyaki remaja itu menaiki pesawat berkenaan di London sebelum pesawat itu berlepas ke Belanda.

Sementara itu, jurucakap Lapangan Terbang Maastricht Aachen berkata, remaja itu bernasib baik masih hidup.

“Dia beruntung berjaya melalui semua ini,” katanya kepada Netherlands News Live.

Difahamkan, remaja itu kini menjalani rawatan di hospital kerana mengalami hipotermia.

Dengan penerbangan komersial mencapai ketinggian sekitar 38,000 kaki, peluang seseorang ‘penumpang haram’ seperti remaja itu untuk terselamat tipis.

Lazimnya, ‘penumpang haram’ yang cuba bersembunyi di bahagian pendaratan pesawat sering ditemui mati membeku atau mati kerana kekurangan oksigen.

Pada 2015, mayat ‘penumpang haram’ jatuh dari pesawat yang dalam perjalanan dari Johannesburg ke London di bumbung sebuah premis pejabat di barat London.-hmetro

About admin 1200 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply