Tips Mudah Hafal Sifir

tips mudah hafal sifir

Bagi kanak-kanak yang mula masuk darjah 1, hafal sifir adalah salah satu kunci untuk menguasai subjek matematik. Berikut adalah 10 tips hafal sifir yang mudah untuk anda:

1) Cari tempat yang tenang dan tidak bising

Suasana persekitaran mempengaruhi hafalan kita. Tempat yang riuh rendah dan bising pasti mengganggu tumpuan.

2) Baca dengan kuat dan berulang-ulang

Bacaan itu paling kurang mesti telinga kita mendengarnya.

Jadual bijak sifir

3) Hafal separuh-separuh dahulu

Jangan hafal terus kesemuanya. Agak sukar dan lambat untuk kita ingat dan mudah bercelaru nanti. Contohnya sifir 4. Hafal dulu 1×4 = 4 hingga 5×4 = 20 bagi betul-betul ingat sebelum sambung pula 6×4 hingga 9×4.

4) Baca dan hafal dalam hati

Setelah baca dengan kuat berulang kali, seterusnya baca dalam hati berulang-ulang kali. Ulang dan ulang. Kalau boleh pejam mata lagi bagus. Khusyuk gitew.

Baca: Tips Belajar Secara Online

5) Pejam mata atau tutup buku dan cuba baca

Contohnya sifir 4 tadi. Jika dah yakin dihafal dengan baik, cuba pejam mata dan baca tanpa lihat sifir sekurang-kurangnya tiga kali. Jika sangkut, boleh tengok dan ulang-ulang baca sifir yang sangkut itu.

Contohnya sangkut kat sifir 6×4. Maka hanya sifir 6×4 sahaja perlu diulang-ulang sampai ingat sebelum tutup mata/tutup buku dan cuba baca semula dari awal.

Kotak sifir darab
Kotak sifir darab

6) Tulis sifir besar-besar dan tampal pada tempat yang senang kita lihat

Bawah alas meja bacaan atau tampal saja pada dinding atau peti sejuk. Setiap kali sebelum buka peti sejuk, minta murid lihat sifir dan baca berulang-ulang kali. Benda yang selalu dibaca dan diulang-ulang, akan cepat ingat. Tak perlu letak semua sifir sekali gus pada peti ais/ dinding atau bawah alas meja. Cukup satu atau dua sifir sahaja dulu. Sebaik dah benar-benar kuasai dan hafal baru tukar nota sifir seterusnya pula.

7) Terus buat latihan sebaik mula ingat sifir

Contohnya dah hafal sifir 4, terus buat latih tubi soalan sifir 4 sahaja. Perbanyakkan soalan latih tubi ini. Hafalan yang terus disertai dengan latihan ingatannya akan berkekalan, InsyaAllah.

8. Cari pasangan/kawan untuk sama-sama hafal

Bila hafal secara berpasangan atau berkumpulan, semangat dan motivasi untuk menghafal itu lebih tinggi.

9. Buat jadual semak hafalan sifir

Jadual semak hafalan sifir sangat bagus untuk memantau hafalan anak-anak/murid-murid. Setiap sifir mesti ada due date. Satu minggu mesti selesai satu sifir. Jika mereka berjaya, tanda tangan. Jika mereka dapat hafal dan ingat awal dari dijadualkan, berilah ganjaran. Baru mereka seronok dan bertambah minat untuk belajar Matematik.

10. Sediakan rotan

Fuh, tip ke 10 ini bakal jadi kontroversi ni. Hihi. Tip ni tip kuno, tapi masih sangat berkesan sampai hari ini. Letak rotan kat sebelah, tunggu dia baca dan hafal. InsyaAllah, setengah jam saja mereka pasti ingat. Walau baca dan hafal dalam linangan air mata, ilmu yang mereka dapat itu bermanfaat dan diguna selama masa.

P/s ini adalah panduan dan rujukan yang digunakan sejak zaman tok nenek kita dahulu.

Semoga bermanfaat!

Kredit: gpsbestari

About admin 1198 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply