Liverpool Tebus Kekalahan Esok – Klopp

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menegaskan kemerosotan prestasi skuadnya sejak akhir-akhir ini tidak akan berlarutan sebaliknya akan ditebus apabila berdepan Manchester United dalam saingan Piala FA awal pagi esok.

Skuad Klopp berkunjung ke Old Trafford selepas dikejutkan Burnley yang mengakhiri rekod 68 perlawanan tanpa kalah Reds dalam aksi liga di tempat sendiri.

Perlawanan itu yang keempat berturut-turut tanpa sebarang gol buat juara Liga Perdana dan kini enam mata di belakang pendahulu dan musuh tradisi, United.

“Kami tewas dengan Burnley dan ia benar-benar mengecewakan,” kata Klopp. “Apabila saya fikir semula saya tak nampak kenapa boleh tewas tapi kami tewas. Ia berlaku dan kadang-kadang anda perlu bangkit daripada kekecewaan untuk mengubah keadaan seperti biasa dan itu sudah pasti.”

Baca: 10 Fakta Menarik Sukan Ping Pong Ramai Tak Tahu

”Kami akan melakukannya. Jika kami menang dalam aksi buruk, dunia akan berkata, ‘Ok, ia bukan bola sepak yang biasa dipamerkan tetapi mereka kembali mendapat keputusan, tetapi dari segi jangka panjang ia tidak membantu.

“Ia benar-benar membantu jika kami memanfaatkannya. Saya boleh bayangkan apa yang difikirkan kebanyakan orang mengenai kami ketika ini.

“Tetapi orang ramai tidak berubah dalam masa sehari. Mereka kadang-kadang berdepan cabaran yang mereka belum sedia hadapinya dan mungkin anda tak tahu apa cabaran akan datang.

“Tetapi ia cabaran yang anda tak mahu hadapi. Apatah lagi dalam situasi kami hadapi sekarang. Mereka (pemain) masih lagi cemerlang dengan karakter hebat. Semua sekali. Merekalah yang membawa kejayaan sejak beberapa tahun lalu dan mereka tidak berubah semalaman.”-hmetro

About admin 1191 Articles
Informasi, Fakta, Perkongsian Bermanfaat, Sejarah, Sukan dan Tidak Ketinggalan Berita Viral dan Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply